Hati kita ALLAH yang punya,
Hati kita ALLAH yang jaga,
Berdoalah.. kerna itu senjata kita,
Andai takdir hidup bersama,
Pasti ALLAH permudahkan jalannya..
Friday, June 24, 2011
Wednesday, June 22, 2011
meow-kucing.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.
*saya pun suka kucing, ada semua suka kucing tak? sunnah nabi ni
Sumber: Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/
________________________________________________________
Abu Hurairah; Perawi Hadith terkemuka
Tarikh: May 09, 2008
Riwayat: Bukhari
Kategori: Akhlak
Hadith:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW: "Saya mendengar banyak hadis dari tuan, Ya Rasulullah! Tetapi saya lupa." Rasulullah SAW bersabda: "Hamparkan Rida' mu. Aku melakukan (apa yang diperintahkan Nabi SAW) dan kemudian Nabi SAW menggerakkan kedua-dua tangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalu bersabda : "Ambil dan selendangkan ini (pada tubuh mu)." Aku lakukan perintahnya dan setelah itu aku tidak pernah lupa lagi."
Huraian Hadith:
Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadith yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Gelaran Abu Hurairah RA. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah RA. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Beliau adalah sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan dikenali sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW sehingga baginda selalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah jika ada makanan yang hendak dibahagikan. Hadith beliau yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadith, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadith dan oleh Muslim 189 hadis. Hadith yang diriwayatkan oleh beliau juga terdapat dalam kitab-kitab hadith lainnya.
sumber : JAKIM
=D
____________________________________________________________

Friday, June 17, 2011
11 Jenis Manusia Didoa Malaikat
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
=)
Sumber: 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat Paradigma MUKMIN
Thursday, June 16, 2011
=D.
Kita akan merasakan indahnya perkahwinan kerana :
- Kita boleh mengajak pasangan kita ke arah kebaikan, menjadi pendakwah kepada pasangan dan anak, dan kita akan mengetahui lebih banyak lagi tentang agama sekaligus mempraktikkannya bersama keluarga kita. Kalau berdakwah kepada orang lain mungkin kita akan malu-malu, tetapi itu tidak berlaku apabila kita berdakwah kepada pasangan dan anak kita
- Allah akan selalu menolong kita dan perkahwinan akan membuat kita lebih menyedari bahawa Allah selalu memperhatikan kita. Doa kita akan lebih cepat dikabulkan.
Sesuatu yang diharamkan menjadi halal kerana perkahwinan. - Nafsu duniawi kita lebih terkawal
- Saat anak kita lahir, si ayah akan mempunyai kesempatan untuk azan di telinganya.
.
Keindahan-keindahan di atas sudah melebihi segala keindahan sebelum perkahwinan. Kalau Anda masih takut juga untuk berkahwin, yakinkan bahawa perkahwinan adalah salah satu hijrah (merubah diri untuk menjadi lebih baik).
Allah Ya Rahman..
Allah Ya Rahim..
Sumber : http://akuislam.com/
Wednesday, June 15, 2011
Gerhana Bulan Penuh.
MAKLUMAN GERHANA BULAN PENUH
14 REJAB 1432H / 16 JUN 2011
14 REJAB 1432H / 16 JUN 2011
Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana).
Proses gerhana
Konsep dan keterangan
Gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada
bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan
memasuki bayang bumi dan menghilang.

Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra
bumi. Gerhana bulan penuh 16 Jun 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang
penumbra pada jam 1:25 pagi seterusnya bayang umbra pada jam 2:23 pagi. Tempoh
berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit.
Selain gerhana bulan penuh pada 16 Jun 2011, terdapat juga gerhana bulan
separa dan penumbra. Gerhana bulan separa (partial) berlaku apabila sebahagian bulan
sahaja yang masuk ke dalam bayang umbra bumi dan sebahagian lagi berada dalam
bayang penumbra bumi sepanjang fenomena berlaku.
Manakala gerhana bulan penumbra (penumbral) berlaku apabila bulan masuk ke
dalam bayang penumbra bumi tetapi tidak masuk ke dalam bayang umbra bumi. Gerhana
jenis ini sukar dikesan dengan mata kasar.
Solat Sunat Gerhana Bulan
Lafaz niat:
“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti
berikut:
a. Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.
b. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
7. Iktidal.
8. Sujud dan membaca tasbih.
9. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.
Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku’
sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak
dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku’ sebagaimana solat fardu Jumaat.
Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.
Sumber:- : http://www.islam.gov.my/sites/default/files/bahagian/bpict/makluman_gerhana_bulan_jun_2011-baru.pdf
Monday, June 13, 2011
Pesanan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur
SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah : “Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1. Khatam Al Qur’an
2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
“Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?” Rasulullah tersenyum sambil bersabda : “Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”
- MAFHUM DARI HADIS
Wallahualam.

Saturday, June 11, 2011
Friday, June 10, 2011
Sedekah.
Kematian adalah ketentuan Allah. Tetapi ada satu perkara yang boleh melambatkan kematian iaitu amalan bersedekah.
SUATU hari, Malaikat Israil mendatangi Nabi Ibrahim a.s, dan bertanya, “Siapakah anak muda yang mendatangimu wahai Ibrahim?”
“Itu sahabatku dan juga muridku.”
“Ada apa dia datang menemuimu?”
“Dia menyampaikan khabar bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya esok pagi.”
“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.” Setelah itu, Malaikat Izrail pergi meninggalkan Nabi Ibrahim.
Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu esok. Tapi langkahnya terhenti dan Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah.
Keesokan paginya, Nabi Ibrahim melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap melangsungkan pernikahannya.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini terus hidup dengan panjang umurnya.
Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Izrafil, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan berita bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai esok pagi? Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.
“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu pada waktu tersebut?”
“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut. Kerana itulah engkau masih melihatnya hidup sehingga sekarang.”
Wahai pembaca sekalian, kematian sememangnya di tangan Allah. Oleh itu, mencepatkan dan melambatkan kematian adalah hak Allah. Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad SAW bahawa sedekah itu akan memanjangkan umur. Jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah… sedekah
Maka, tengoklah kiri kanan anda dan lihatlah sekeliling anda. Bila anda menemui ada sebarang kesusahan terjadi, maka sesungguhnya anda harus menghulurkan bantuan dan pertolongan. Kesusahan itu diberi oleh Allah untuk anda bantu kerana Allah ingin memanjangkan umur anda. Cuma tinggal kemahuan anda sama ada untuk membantu kesusahan itu ataupun tidak.
Saudara sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan tiba. Dan tidak seseorang pun yang mengetahui bagaimana keadaan ajalnya tiba. Maka memberi sedekah bukan saja akan memanjangkan umur, mungkin juga kita akan meninggalkan dunia ini dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang CINTA Allah?
Jika seseorang diCINTAI Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawanya dicabut dalam keadaan Husnul Khatimah.
Mudah-mudahan Allah berkenan memanjang umur kita, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan diri untuk kematian yang akan datang menemui kita.
“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan”
(An-Nisaa: 78)
Ihsan dari Yusuf Mansur, Wisata Hati.
Wallahulam.

Thursday, June 9, 2011
Labah-labah dan Cicak.
Membunuh labah-labah adalah makruh. Yang dimaksudkan di sini ialah (Ankabut) labah-labah yang tidak mengangggu, iaitu yang sering bersarang dirumah, sering bersarang di pokok dan atap rumah. Boleh membuang sarangnya, namun makruh membunuhnya.
Bagi cicak pula, Rasulullah SAW menggelarkannya Fuwaisiqa, yang bermaksud si kecil yang fasiq, maka kita memahami bahawa, Rasulullah saw berbicara secara benar, baginda tidak suka mencaci atau memberi gelaran yang buruk kepada manusia dan seluruh makhluk Allah SWT.
Apabila Rasulullah menggelarinya seperti itu, maka tentulah haiwan ini jahat, dan Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya, Riwayat awalnya sebagaimana dijelaskan bahawa disaat Ibrahim dilemparkan ke api namrud, maka semua haiwan berusaha memadamkan api Ibrahim AS itu, kecuali cicak. Maka Rasullulah SAW memerintahkan utk membunuh haiwan ini apabila menjumpainya tidak kira di mana. (Tafsir Imam Bn katsir juz 3 hal.185, Tafsir Imam Attabari Juz 17 hal 45).
Dan bahawa Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuh cicak (Shahih Muslim Hadits No.2238)
Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :
“Siapa yang membunuh cicak pada pukulan pertama, maka mendapat sekian pahalanya, dan membunuh dalam pukulan yang kedua maka mendapat sekian pahalanya kurang dari yang pertama, dan siapa yang membunuh cicak dalam pukulan ketiga, maka mendapat sekian pahalanya kurang dari yang kedua.” (Shahih Muslim Hadits No.2240).
Berdasarkan hadis di atas, dapatlah kita fahami bahawa cara membunuhnya ialah dengan cepat dan tidak menyeksa haiwan tersebut.
Wednesday, June 8, 2011
Saturday, June 4, 2011
Jodoh.
Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha
_____________________________________________________

Alhamdulillah. lama lama. sy dh tau.bila kita dekat dengan Allah.banyak benda yg tenang. kadang-kadang baru sy perasan. org yg saya jumpa ibarat cermin diri sendiri.pasangan kita.perangai lebih kurang kita.cermin diri sendiri.
Dulu.saya ramai kawan lelaki.sy ada bff lelaki. sikit sikit saya tinggalkan mereka. sy focus kan pada seorang. pasangan saya cermin saya.mcm mana saya.mcm tu lah dia.
Saya berubah.insyaAllah.usaha sy ke arah berubah dan berubah.byk lagi yang kena belajar.super banyak.ilmu tidak akan habis untuk dipelajari.belajar dan belajar.insyaAllah insyaAllah.
oh and utk hero2,
Bukan tidak berkawan langsung.tp cukup lah dengan gf =). bff sy adalah sang suami.*soon.
yang belum sy tahu bila =D. tp doa.jawapan semua.insyaAllah ;).
_____________________________________________________
"Yang penting bukan siapa isterimu / suamimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga"
________________________
=).
Thursday, June 2, 2011
Saiyidina Umar Al-Khattab RA.
Kisah ini merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Umar Al-Khattab RA. Beliau adalah seorang mukmin yang sejati, teguh iman dan amat taqwa kepada Allah SWT. Justeru kerana kekuatan imannya kepada Allah SWT, maka doanya sentiasa diperkenankan oleh Allah SWT.
Semasa pemerintahan Khalifah ke-2 ini, empayar Islam telah berkembang bukan setakat Semenanjung Arab sahaja malah Rom dan Parsi juga telah dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.
Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Khalifah Umar telah melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru Al-As RA sebagai Gabenor di Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja menganut agama Islam, penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan agama asal nenek-moyang mereka, ini kerana tiada paksaan dalam Islam, mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.
Suatu peristiwa ganjil dan aneh berlaku semasa Amru Al-As RA menjadi Gabenor Mesir. Sungai Nil kelihatan mulai surut airnya, airnya tidak melimpah-limpah seperti biasa. Sungai Nil amat penting kepada penduduk kerana ia adalah nadi kehidupan di sana, sungai Nil digunkan untuk menyiram kawasan pertanian dan sebagai sumber air untuk kehidupan mereka. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.
Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.
Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan mendesak Amru Al-As RA supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut bagi mengatasi masalah sungai Nil ini. Walaupun mereka telah memeluk Islam tetapi masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah diamalkan turun-temurun. Amru Al-As RA keberatan menunaikan permintaan mereka kerana adat ini khurafat dan syirik kerana menyembah selain dari Allah SWT. Gabenor meminta tangguh dahulu kerana ingin bertanyakan kepada Khalifah Umar Al-Khattab RA bagi menyelesaikan masalah ini bagi memuaskan hati penduduk Mesir. Amru Al-As RA menulis sepucuk surat kepada khalifah menceritakan dengan jelas masalah yang dihadapinya, semoga khalifah dapat memberikan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan rakyat.
Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menerima surat tersebut, apabila dibaca, air muka beliau berubah kerana marah dengan sikap penduduk Mesir. Katanya, “Adat ini terang sekali syirik hukumnya. Terang sekali bertentangan dengan ajaran agama kita yang suci. Bukankah Allah SWT yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku sama sekali tidak akan membenarkan penduduk Mesir melakukan adat yang kejam dan bodoh ini”.
Setelah itu, Umar al-Khattab RA mengambil sehelai kertas dan menulis sepucuk surat sebagai balasan kepada Gabenor Mesir. Beberapa hari kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin surut dan mulai kering, penduduk bertambah gelisah dan cemas.
Amru Al-As sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah, alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya sebaliknya Umar Al-Khattab menujukan surat itu kepada sungai Nil. Setelah membacanya Amru Al-As pun terus mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah SWT setelah surat itu jatuh ke dalam sungai Nil dalam sekejap masa air Sungai Nil mulai naik dan akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang anih ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah tersebut.
Surat khalifah Umar al-Khattab itu berbunyi antara lain maksudnya "Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil, kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah itu Maha Kuasa dan kepadaNyalah kami bermohon supaya engkau mengalir seperti sediakala"

=D. Subhanallah..
Wednesday, June 1, 2011
Tiga Kali Lebih Baik
Hadith :
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.” (al-Bukhari)
Huraian
Simbolik tiga kali dalam sesuatu perbuatan bergantung pada situasi dan tempat. Dalam melakukan sesuatu perkara ibadah seperti mengambil wudhu’, kita dikehendaki melakukan pada satu-satu rukun itu sebanyak tiga kali kerana ia adalah lebih baik bahkan termasuk dalam perkara sunat. Malah bagi kebanyakan perkara, perbuatan mengulang-ulang itu dianggap akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku sebelumnya daripada langsung tidak melakukannya atau setidak-tidaknya menduakan malah lebih bagus menigakan dan seterusnya. Jika kurang dari tiga kali ditakuti menjadi kurang bermanfaat, khususnya dalam perbuatan mengingat atau menghafal ilmu yang menuntut kita mengulang-ulangnya beberapa kali sesuai dengan sifat manusia yang mudah lupa. Tetapi ada juga berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan lebih dari tiga kali akan mengundang mudarat dan keburukan atau jatuh pada peringkat batal contohnya jika bergerak dengan sengaja lebih dari tiga kali sewaktu dalam solat, solat dianggap batal. Sesungguhnya dalam hal ini Islam menekankan tentang kesederhanaan dan menegah perbuatan melampaui batas. Justeru bilangan 3 kali adalah jalan paling selamat!
Subscribe to:
Posts (Atom)