Membunuh labah-labah adalah makruh. Yang dimaksudkan di sini ialah (Ankabut) labah-labah yang tidak mengangggu, iaitu yang sering bersarang dirumah, sering bersarang di pokok dan atap rumah. Boleh membuang sarangnya, namun makruh membunuhnya.
Bagi cicak pula, Rasulullah SAW menggelarkannya Fuwaisiqa, yang bermaksud si kecil yang fasiq, maka kita memahami bahawa, Rasulullah saw berbicara secara benar, baginda tidak suka mencaci atau memberi gelaran yang buruk kepada manusia dan seluruh makhluk Allah SWT.
Apabila Rasulullah menggelarinya seperti itu, maka tentulah haiwan ini jahat, dan Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya, Riwayat awalnya sebagaimana dijelaskan bahawa disaat Ibrahim dilemparkan ke api namrud, maka semua haiwan berusaha memadamkan api Ibrahim AS itu, kecuali cicak. Maka Rasullulah SAW memerintahkan utk membunuh haiwan ini apabila menjumpainya tidak kira di mana. (Tafsir Imam Bn katsir juz 3 hal.185, Tafsir Imam Attabari Juz 17 hal 45).
Dan bahawa Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuh cicak (Shahih Muslim Hadits No.2238)
Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :
“Siapa yang membunuh cicak pada pukulan pertama, maka mendapat sekian pahalanya, dan membunuh dalam pukulan yang kedua maka mendapat sekian pahalanya kurang dari yang pertama, dan siapa yang membunuh cicak dalam pukulan ketiga, maka mendapat sekian pahalanya kurang dari yang kedua.” (Shahih Muslim Hadits No.2240).
Berdasarkan hadis di atas, dapatlah kita fahami bahawa cara membunuhnya ialah dengan cepat dan tidak menyeksa haiwan tersebut.
No comments:
Post a Comment