Thursday, June 16, 2011

=D.

Kita akan merasakan indahnya perkahwinan kerana :




  • Kita boleh mengajak pasangan kita ke arah kebaikan, menjadi pendakwah kepada pasangan dan anak, dan kita akan mengetahui lebih banyak lagi tentang agama sekaligus mempraktikkannya bersama keluarga kita. Kalau berdakwah kepada orang lain mungkin kita akan malu-malu, tetapi itu tidak berlaku apabila kita berdakwah kepada pasangan dan anak kita



  • Allah akan selalu menolong kita dan perkahwinan akan membuat kita lebih menyedari bahawa Allah selalu memperhatikan kita. Doa kita akan lebih cepat dikabulkan.
    Sesuatu yang diharamkan menjadi halal kerana perkahwinan.


  • Nafsu duniawi kita lebih terkawal


  • Saat anak kita lahir, si ayah akan mempunyai kesempatan untuk azan di telinganya.
    .

    Keindahan-keindahan di atas sudah melebihi segala keindahan sebelum perkahwinan. Kalau Anda masih takut juga untuk berkahwin, yakinkan bahawa perkahwinan adalah salah satu hijrah (merubah diri untuk menjadi lebih baik).

    Allah Ya Rahman..

    Allah Ya Rahim..

    Sumber : http://akuislam.com/

No comments: