Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan Penuh.

MAKLUMAN GERHANA BULAN PENUH
14 REJAB 1432H / 16 JUN 2011


Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana).

Proses gerhana

Konsep dan keterangan
Gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada
bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan
memasuki bayang bumi dan menghilang.


Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra
bumi. Gerhana bulan penuh 16 Jun 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang
penumbra pada jam 1:25 pagi seterusnya bayang umbra pada jam 2:23 pagi. Tempoh
berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit
.
Selain gerhana bulan penuh pada 16 Jun 2011, terdapat juga gerhana bulan
separa dan penumbra. Gerhana bulan separa (partial) berlaku apabila sebahagian bulan
sahaja yang masuk ke dalam bayang umbra bumi dan sebahagian lagi berada dalam
bayang penumbra bumi sepanjang fenomena berlaku.
Manakala gerhana bulan penumbra (penumbral) berlaku apabila bulan masuk ke
dalam bayang penumbra bumi tetapi tidak masuk ke dalam bayang umbra bumi. Gerhana
jenis ini sukar dikesan dengan mata kasar.


Solat Sunat Gerhana Bulan


Lafaz niat:
“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti
berikut:
a. Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.


b. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
7. Iktidal.
8. Sujud dan membaca tasbih.
9. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.


Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku’
sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak
dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku’ sebagaimana solat fardu Jumaat.
Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.




No comments: