Wednesday, April 28, 2010

holidae.

holidae please.
sat til tues.
cuti dh apruv.
okay.i hilang.
tk saba nk tnggalkan shah alam.okay?=). tp mst rindu kt kakak kakak best kt ofis =(. tkpe.wed kte jmpe balik.

i nak relation yg serius la.
tepuk dada tanya selera.
good luck okay.

Assalamualaikum.
-n.

ya Allah.

pernah tak rasa suffer?
nk ngadu.beberapa org je yg faham. tk semua org boleh faham situasi kita.yg boleh faham tu faham la.yg tak faham tu tak faham la.

utk yg tkde kt situasi saya.saya tak cerita pn.malas.nnt makan diri pn iye.

kadang kadang okay.kadang kadang down.kadang kadang okay.kadang² lost.

dh berusaha dh
tk jadi ape pn.
ape ah nasib.

result :
kena marah.

diri sendiri :
usaha.sabar.tawakal.

Monday, April 26, 2010

Macam-macam.

Kalau ikut ckp ustaz.sape yg kawen ngan kita.
tula dia jodoh kita.
selagi tak kawin.maknanya tk jmpa la lg jodoh kita.
selagi tak kawin.mcm mcm la jd =(.
mcm mcm tu mcm kena serang ngan gf org.org tk prcaya dgn saya.mcm isteri org jeles.mcm org tk percaya kt saya.mcm sy ni ada kekurangan sbb tk kawen kawen.mcm sy ni byk sgt pilihan sbb tu tak kawen kawen. mcm ramai org suka.sorang sorang sy kena reject.
mcm.hm. mcm mcm dugaan.
Allah nak kasi yang terbaik.diri sendiri yang kena selalu pandai mengawal.yg datang tu.semua dugaan.tau tak Puspa?.
kalau takde dugaan.nnt tak reti nak kawal diri.
kan?

Sunday, April 25, 2010

There are many things I would like to say to you but I don't know how

ha?.skrng pcaya tak i gila bola? woot woot :). boleh tak bazirkan duit utk mag mag canie? "boleh" walaupn kekadang mama cam pening. kalau blk kg ayat mama "dia ni nmpak je pempuan.tk macam pempuan.agaknye sbb atas dia abg la kot"
heeeeeeee :P.
tp tkde la nakal sgt kan ma? :P.
mag mag tu dr 2007 la kot. tk rosak rosak tue.:D.
i love futbal.:).

Assalamualaikum

hari 1 :- Boling please. eh kala plak.penat jd cheerleader.agaknya aku tk cukup hot ah jd pensokong korang.ngeh ngeh.pape pn. man tebaek.tebaek :D. pak tam : wey.esok bola jom (muka semangat) aku : ala.nnt kala doh.ada lu. pak tam : tkde.ok.kalau kala.tkpe aku : tgk aa.lu ni scary dowh.
______________________________________________

pic tu cam : L = loser.
pak tam = watak utama yg tutup muka *kelat likat pekat :P. heeeeeee:P
pacik jambu : muka overdos suka.

focus.focus.



hari 2 :-
kejeeeeeeeee dr 10am til 6pm. (shit penat.)

730 :- gerak hakem.

game start. jejerit skali draw .
aku : shit.balik jom.lu ni ,tk pn lu g balik. nnt lu ambik wa balik . hukk.
pak tam : lex aa lex aa (smbil buat jari 1.1)
aku : brbtov bodoh !!.

2nd half
woot woot woot.
2 goal terus la wey.
aku : wey lu dh tkde badi.pasni ble tgk bola cam biasa.
pak tam : *muka kelat.pekat.likat. hahahahah.
aku : hnta msg .. lam kete .comel la wey.dia bc depan aku plak smbil ada ayat. "wey lu tgk 3 - 1 jari wa cam skrng" hahahah. nabil pn cam separuh gila td aku tgk.
Hakem tebaek la. 90% mufc kot :P.
tp player man utd muntah2. :(.pesal tah.
tp rooney tk main,
tkpe ah.carrick ada.:D. nani tebaek.seme la best.brbtov jek tk ble bla.

dgn jaya nya .sy mkn ayam tndori,cheese nan,pepsi,limau ice,nescafe o ice. ya Allah.pesal tah.stres kot.kje tk stop.plus.terus g bola.tp sbb menang.stres pn cam terbang manetah :p.

hahahah.ayam msg paktam lg best : "wey .lu makan apa dowh?".
hahahahah :D.k la penat ngutuk.boring plak.bye.

nickname : shah yg kasi. i tktau tktau :P.


=D.

Saturday, April 24, 2010

.

belajar puspa belajar.
hidup kan mmg mcm ni?
kan?.

Wednesday, April 21, 2010

helo puspa.

lately.
takut hurt lg.
boleh ke i slalu ready utk tak hurt.??

*emo.

*sigh.

Tuesday, April 20, 2010

Perjuangan tk pernah selesai.

dh 25 tahun hidup. kadang-kadang rasa hidup baru nk mula. mula nak tinggal kan zaman have fun. mula nak serius dlm hidup. fikir masa depan. mula nampak apa nak dlm hidup. mula nampak baik buruk. mula kenal diri sendiri.

td jiran sebelah pnya anak main ngan abah ngan mama. *huuu! :(. *jeles. comel sgt. akak sebelah rumah ni senior sekolah i.dia kawen dua tahun lepas.;). anak dia dh age dua tahun cmtue la.uwww. kejap je masa.dh besa pn :).

beberapa hari lepas jmpa diot kat sacc. bulan julai due dia jd mama. time flies.
bff yg bawak i jln2 kt bandung pn baru jek ckp "puspa i dh nk tunang bulan depan" :).. congrats you! :).

anak dira pn dh besar.
alahai.
*i happy je skrng. i happy.i love u dira. ingt apa i ckp? "org yg baik.utk org yg baik". sbb tu takdir awk dgn dia.:). hapines slalu dgn u kn skrng :D.

oh and.
i syg semua kawan i.semua.okay?:D.

sy tk rindu masa lampau sy. sy tk saba nk jmpa hari esok plus masa depan sy.semoga ada akhir cerita yg baik utk sy.Ameen.
tq.

(^-^)/.

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah" -Hasan al-Basri.

Monday, April 19, 2010

Tun.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara

_________________________________________

Tun terbaek.
beberapa tahun lepas.waktu pilihanraya.dia turun.
yg i ingt.dewan tetiba diam. bila Tun ckp
"siapa tak pernah menipu.angkat tangan skrng"

i : terbaekkkk!. (semua org terdiam.dewan sepi.tkde sorang pn angkat tgn)

current mood : politik? hahaha. no way hozay. ;p.

love.

tadi.ada satu moment.
semua diam
sudden aku ckp

puspa : dira.kau best la! dh ada anak.suami.family.syukur okay:D.
grg : ha aa.aku dh fikir nk cari pasangan.rumah dh beli.kete dh ada.
dira : cece.
puspa : cecece. carila grg.ada tu ;)
grg : hm.cuba kau fikir.smpai bila nk cam ni.dira dh ada anak sorang.klau kau kawen dlu puspa.aku cane?tkkan cani lg.single.lepak.
puspa : kan! kalau aku kawen dlu.klau kau kawen dlu?
*diam.
___________________________________________________________

dear love,
awk tk rindu saya ke?
sumpah.sy tktau mcm mana nk jd terbaik awk.sy dh cuba terbaek syg-ku.sy hargai terbaek.hati sy clean.sy tgh tk rasa apa apa.marah tidak.bengang tidak. tah kenaapa? dh besar agaknya.tak reti nak marah ngan terasa sgt. kot? tp sedih.hurt.mana pegi sincere.yg kita jaga lebih 10tahun?! ujian agaknya.Allah tgh kasi ujian.kita semua tebaek please.
semoga Allah melindungi kita.
sy sedang doakan yg baik baik.okay?
insya Allah.ada bnda baik dtg.kan gadis? :).

Sunday, April 18, 2010

butter prawn please.;P





okay.hari ni ada mood nk masak!.

tp kan.sebenarnya cam tk jd sgt! =p.hahahah! nasib baik sedap. butter prawn la sgt.

pesal tah takut udang tu hangus.tp tk hangus pn.last last angkat awal.tak rangup aa :p. *mungok!

tp sedap je.dh nama ada butter.mmg jd sedap la apa pun kan? heeeeeeeee! :P.

rasa nk buat ni pn sbb k.imah ah(kawan ofis).jack jack. (borak ngan mak mak.mmg la pasal masakan.alahai.bestnya :D). isk! buat la puspa.senang je.

i yg dh lama tk buat ni pn.buat la.

ha! result!

kn tk jd sgt =P. hahah.dh mcm udang berempah mentega dah :-p.

anyway .. mama ckp "good try" ;p.heeeee! ;p.

Saturday, April 17, 2010

go away.

lengan dh tk macam lengan puspa.besar.sasa.bergaya.
demmit. (tp dh cam nk susut.more ice okay?)
sakit skit nanges.sakit sket nanges.*ciwek(sgt i okay)
skrng dh tk tahan injection.pesal ni? tk ckup exercise ke?!.
skrng tgh fever.batuk.flu.lengan besar *sigh.
cepat baikk! penat lah! sakit penat! okay?!.
ubt pn tk best.
high.tk mkn ubt tk high tp sakit.dh mkn.tp high.skrng tgh tnggu mgrb.pstu mkn ubat lg.pstu tdo?
game?tdo ah.eh game ah.eh tdo ah.eh. eh eh.
*tkde keputusan =P
*nnt ah decide. stone lah!.
bye!.

Friday, April 16, 2010

ah!

jersi baru man utd cam burok!.
*sigh!. tp sokong man utd! tp tgh fkir.nk beli ke jersi baru? alamek.dh bukan AIG pulek dah!.dem dem dem.

eh esok bufday abah! hepi bufday abah!. adik demam tp adik dh buat mcm mcm nie!. present dh ada! bunga dh ada!.card dh ada! dr kte sme (mama.abg.adik).
abah kna suka.apa pn jd! pstu esok.mama kena masak best best.dgn paksaan okay mama?.i ingt i nk blj beli brg brg dapur.mama masak.deal tak? hahahahahaha =p. (ngelak nk masak :P).

semoga abah pjg umur.murah rezeki.abah adelah abah terbaek.abah mama abg. sayang korang sme. sorry family.i know ada satu benda sy blm brjaya happy kan korang. i know. berdoa ramai ramai okay? bila Allah ckp yg terbaek akan smpai.so yg terbaek akan smpai. Adik boleh sabar. abah dgn mama pn kena sabar.okay okay =).

Assalamualaikum;)).

Thursday, April 15, 2010

taksehat.

dr td tak sehat.
tgh hari jek cam flat. *flu.batuk. demam =(.

acik tertumbok tgn i yg sakit.okay.sakit.okay nanges! 2nd time kasi i nanges.! tp tk sengaja.so tk ble mara.!.sakit please!. demam terus.

balik.mkn ubat.flat.
___________________________________________________________

share pasal cerita Nabi.
td borak ngan kawan baru balik dr umrah =)
tajuk cerita dia : "Pencurian Jenazah Nabi "

Al Quran telah menjelaskan mahfumnya “Manusia itu merancang dan Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah itulah yang lebih baik”.

Allah menyelamatkan Nabi Muhammad saw daripada rencana jahat untuk mencuri jenazah Baginda.
Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat Islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi Al-Madinah Al Munawarah.
Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa pastinya sebahagian besar orang yang berziarah ke Masjid Nabawi pasti tidak pernah lupa untuk menghampiri makam Rasulullah yang diapit oleh makam Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar.
Peristiwa ini berlatar belakangkan zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah di Baghdad di mana keadaan umat Islam yang semakin lemah dan berdirinya beberapa buah kerajaan Islam di beberapa daerah. Lantaran keadaan itu, dalam diam-diam pemerintah Eropah Kristian telah menyusun rencana untuk mencuri jasad Nabi Muhammad saw.
Setelah terjadinya kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka pun mengutus dua orang Nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Ia dilaksanakan bertepatan dengan musim haji di mana pada musim itu ramai jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji. Kedua orang Nasrani ini menyamar sebagai jemaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Maghribi.
Keduanya ditugaskan melakukan pengintaian awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW. Setelah melakukan kajian lapangan, keduanya memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam kamar menuju ke makam Rasulullah saw.
Belum sampai pada akhir penggalian, rencara tersebut telah digagalkan oleh Allah swt melalui seorang hamba-Nya yang akhirnya mengetahui rencana busuk itu.Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, bapa saudara kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang membuka kota Baitulmaqdis , adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam pada waktu itu yang mendapat petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah.
Sultan tersebut telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan berjambang:
“ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku daripada maksud jahat kedua orang ini. ”Sultan Mahmud terbangun dalam keadaan gelisah lalu baginda melaksanakan solat malam dan kembali tidur.
Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah saw hingga tiga kali dalam satu malam. Lantas baginda memanggil Perdana Menteri, lalu Perdana Menteri menyuruh Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki supaya bersedia untuk bertolak pada malam itu juga dan merahsiakan perjalanan itu.
Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari Damsyik ke Madinah yang memakan masa 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda.
Sesampainya di Madinah, Sultan langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi saw. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam Nabi saw. Pada ketika itu tiada seorang pun tahu akan kedatangan Sultan ke Madinah.
Dalam masa tersebut , baginda tidak tahu untuk berbuat apa lalu Gabenor Madinah dipanggil menghadap oleh Perdana Menteri . Gabenor Madinah disuruh untuk mengumpulkan seluruh penduduk Madinah bagi memudahkan baginda Sultan mengecam muka kedua-dua lelaki tersebut. Lalu Menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu:
“ Apakah baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu?
““ Iya ” , jawab Sultan Mahmud.Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaluddin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membahagikan hadiah berupa bahan makanan sambil baginda Sultan mencermati wajah orang yang ada dalam mimpinya.
Namun Sultan tidak mendapati orang yang ada di dalam mimpi itu di antara penduduk Madinah yang datang mengambil jatah(1) makanan.
Lalu Menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi.
“ Apakah di antara kalian masih ada yang belum mendapat hadiah daripada Sultan? ”
” Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah daripada Sultan, kecuali dua orang dari Maghribi tersebut yang belum mengambil jatah sedikitpun. Keduanya orang soleh yang selalu berjamaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.
Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya Sultan, melihat bahwa kedua orang itu adalah orang yang baginda lihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jemaah dari Andalusia, Sepanyol.
Meskipun Sultan sudah mendesak bertanyakan tentang kegiatan mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu mengaku sehingga Sultan meninggalkan kedua lelaki itu dalam penjagaan yang ketat.
Sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang ditemuinya adalah longgokan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu Sultan berkeliling ke kamar sebelah. Saat itu Allah memberikan ilham, Sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut.
Masya Allah,,
,Subhanallah,,,
Ditemukan sebuah papan yang di dalamnya menganga sebuah lorong panjang dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam Nabi Muhammad.
Seketika itu juga, Sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut perang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropah untuk mencuri jasad Nabi SAW.
Pada pagi harinya, keduanya dijatuhi hukum penggal di dekat pintu timur makam Nabi saw dan mayat mereka berdua dibakar .Sesungguhnya hukum mati dengan membakar pesalah adalah haram di sisi syara’ ,tetapi disini Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki telah mengambil kaedah siasah syariah ke atas orang yang melakukan mungkar keterlaluan.
Sebenarnya tindakan yang serupa yang diambil, telah berlaku pada zaman Saidina Ali k.w.j di mana terdapat golongan Saba’iyah yang mengikut ajaran Abdullah bin Saba’ yang menganggap Saidina Ali sebagai jelmaan Allah s.w.t.
Lalu Saidina Ali memerintahkan ketua keselamatannya, Qambar supaya membakar golongan ini, bila dihukum bunuh mereka mengejek hukuman mati, lantas memerintah dengan syairnya yang terkenal:
” Sesungguhnya aku telah melihat satu perkara yang sangat mungkar, lalu aku memerintah Qambar menyalakan api dan membakar mereka yang berani mengatakan Allah swt menjelma dalam diri Saidina Ali. ”.

safely.

kena suntikan h1n1 : ambik gamba
nurse ckp : nk facebook la tu.mcm mcm la korang ni ;p
ktorg : gegelak.
kne cucuk jek terus diam. naik smpai kepala tu tahap kesakitan. skrng rs cam nk bukak baju pn cam nk patah tgn.kua air mata. :(. hm.esok apela nasib?!.ngan tgn cani.sobs sobs sobs.
*sigh.depresss.tak suka sakit pleasee :(. bape hr nk kena tahan ni :((.
baru baru ni byk btul cerita yg tk best pasal happines. happines mmg susah nk dpt ke? Allah dh tetapkan qada dan qadar.tnggal kita nk usaha.strong tk strong kita nie.
aku safe ke dgn apa aku rasa skrng.insya Allah.tp tk konfiden.pehal tah.tp ktorg mmg ada something aa =P. dr dlu aku rs.Thanks to Allah :).
kadang2 je rs tk safe.semua bnda ada up and down. i wish aku slalu tenang je. jk is sgt ngarut okay!.
kepada kawan kawan yg ditimpa mcm mcm.jaga diri please.berdoa.berusaha.tawakal.
i pn ada rs sme tu.kte sme akan ada rs mcm tu.sbb kita semua tak perfect.
istigfar.berzikir.
:).
Assalamualaikum.

Tuesday, April 13, 2010

im 25 okay?


Assalamualaikum.
Helo. Saya dah 25.lg 5mins. sy dh 25 tahun.hari ke 2 plak :))
i wish hapines lg byk dgn i.sadnes dh tk byk!. jk dh tkde. i wish i wish!:)).
hr esk lg baik dr hr ni. setiap hr i wish akan selalu baik baik baik :D.
thanks abah mama abg.kawan,gedik,bff,gf, sme lah :). i suke semua skali okay!
*syukur sbb dh 25 tahun hidup! :D.Terima Kasih Allah :D.
*love!.

Sunday, April 11, 2010

matang.

percaya tak kalau aku ckp ..laki ni muka je matang.tp dia tak matang. serius.bru knal sorang budak klang atas faktor kerja.paksa itu ini.nk ajak jmpa mak ayah dia. hello? baru sehari tegur aku kot.okay?.
percaya tak laki susah nk faham perempuan.dan perempuan kena bermati matian menahan sabar.yang tahap kesabaran nya tktau lah smpai level mana? -shit ni fakta.and akan ada satu tahap.sabar tu boleh hilang.dn lepas tu qada dan qadar yg akan tentukan apa akan jadi.hmm.
tp tak la semua laki susah nk faham perempuan.tp kalau peratusan dia.mmg 70% tak faham.tak faham.kan best kalau perempuan tkde hati.tk reti nk kecik hati.tak reti nak merajuk.tak reti nak mengamuk.perempuan tu mcm patung.kan kan? .. tp tk boleh la.Allah dah jadikan perempuan cukup sifat.penyayang.sensitif.semua yg soft.ada kt perempuan.boleh appreciate ke tak ni?.- *sigh.
percaya tak.hari ni man utd main macam cipanzi.kasi darah aku tekeluar keluar sbb marah.aku tgk brbatov pgg pale konon upset.helo? pgg pale je ke? cari tiang kasi hentak.keluar darah.baru betul upset.okay? shit! semua pn tk ble bla bila rooney tkde.
yela. mcm mcm alasan kalau dh kalah.yela.yela.aku tk ble bla.hm.
mmg loser club i season ni.
good luck man utd.
ape pn aku die utk man utd jgak! hr ni je aku marah.
okay.aku istigfar.
pastu nak tdo.
tk pn aku baca cerita nabi yg penuh teladan.lepas tu aku tido.
dh puspa jgn stres.bola kan bulat.
tkde luck
apa org nk ckp.ckp la
hr ni aku pekak! okay?
ps : thanks mama choc. :). love! at least .mama tau terapi utk aku ape. -n.
notes : hm.tp perempuan pn ada kurang dia.Allah dah ciptakan semua org penuh dgn sifat masing masing.pelbagai.cuma tinggal kita yang nak menghargai kehidupan.org sekeliling kita.sabar.tenang.ikhlas.kuat.semoga semua dilindungi. insya Allah. =).

=D.




happy bufday habib -10 April2010.
comel sgt abg sharul jd ayah yg tebaek ;).
pagi - aktiviti rumah
ptg - aktiviti party
malam - kerja.
ps : kita ada pasangan gay. korang tau korang sape =P.

Friday, April 9, 2010

Nama.

okay.thanks mama kasi nama ni ;p. suka sgt! :D. heeeeeee! ;)).
kakak yg intrvw ni pn sweet.
love you kak! nnt i blj you mcd okay? :).

okay.okay.okay.

lama gila tak ym
tak sempat
hari ni dh sempat

helo frens ;p.

\(^-^)/..

__________________________________________

sabar.bnda penting.okay?
apa apa pn kena sabar
nnt ade la bnda tebaek keluar.
bila dh blaja saba
mcm tenang skit.

  1. syg Allah
  2. syg mama abah abg
  3. syg sape sape syg i ;) .

bila jd mcm kt atas tu.mind i mcm clean je. :). semoga kita semua berada di track yg betul.

kita kena kuat.sabar.positif.berani.rendah diri.tak sombong.sme bnda baik lah!

kita jgn jahat.bunuhorg.ckptakbaik.fikirtakbaik.niattakbaik.

bila hati putih bersih.luar dalam jd putih bersih

;)).

jodoh.

tadi lepak ngan mama.sblm keluar rumah.
mama : adik.dh nak 25 .bf sape?nk kawen bile? kawan mama.klau jmpa mst tnya.tktau nk jawap apa.mama ckp.nnt ade la tu.
adik : ha.btul la jawapan tue (sentap) *sigh. (sedih plak aku ngan soalan mama tue.tktau kt mana silap aku pn.hm).
mama : kawan ramai tue.tkkan tkde sorang pn.
adik : tu la.nnt la.nnt.ade nnt.adik bawak la.bebetul ready.ade.mmg dia.insyaAllah.mama chil aa.
mama : ye.tknak la awk tk btau.nnt mama tktau bila awk tu nk kawen.pilih yg betul okay.
adik : okay (yg betul tue.aku faham maksud dia.yg bleh bimbing aku)
dh mcm konfiden.tp takut dgn cte lepas.so tknak push yg nie.btul la ckp dia.usaha.doa.tawakal. biar la pacik ni grad dlu.pstu bru fikir.skrng pn.mcm proses kenal kenal lg.byk bnda nk kena in. tunang.kawen.bukan bnda senang.aku dh faham dh.lepas tgk persekitaran aku.tahun ni.nk readykan diri dgn apa yg patut.should be tahun depan.(honestly,tahun lepas ckp tahun ni.tahun ni ckp tahun depan). ckp byk kali doa kan?.
semoga ditunjukkan apa yg betul...Ameen.
syg mama sgt!.
:).
nite.

Thursday, April 8, 2010

.

Do you see how you can think of a hundred things to do to make it right for someone else but you can't do a single thing to help yourself?
Do you see how you are better able to save someone else than to save yourself?
(*_0)/.

Wednesday, April 7, 2010

dugaan please.

hm.
hm .hm. hm. smalam dr pagi sebenarnya depresi okay. mcm dh buat mcm mcm.tp lmbt btul nk jd nye. finally pagi td bukak dh okay.Alhamdulillah.finally.patut ah hp tk bunyik td pagi.klau tk smpai mati akal nk ckp ape =(.
malam smalam.lepas derme darah tue.pesal tah.energy tkde(tp tk mengeluh) faham je.antibodi tk kuat kot.pstu tido.tido.tido. start 8pm. (dgr2 jek bnyi hujan.plus berita)tp lelama.tk dgr dh *dh slmt koma please =p. jejage.dh 10pm.pale cam ada batu.tdo blk at 6am.bgn trus.
smpai ofis.badan gigil2.sejuk mcm sejuk gila.mcm kalau stay bleh beku.tk bleh ckp.sme cam crack.ya Allah.takutnya.org rmai pn takut.
okay.hr ni halfday.doc ckp demam.kena virus.isk! sape plak demam kt pkns tue *sigh!.
tp dh mkn ubt. so rs better.
semua pn dh okay. i wish semua okay okay.
notes : bff.i miss you okay? u okay? sehat? marah i? sorry. stil, apa pn jd. i miss you.kinda busy jek.sbb tu jd halimunan diam jek.plus.byk bnda nk fikir lately.so i kurang kan apa nk kena fikir. ape pn jd.i love you okay bff?muah! -n.

Tuesday, April 6, 2010

derme.darah.terapi terbaik..

puspa : bebel bebel.psal mcm mcm.
fuza : eh ada org derma darah
*tetibe kan.i cam kena rasuk terus g kt abg kt meja tu(tinggalkan fuza.mcm org lost.plus excited sgt).pstu ckp
puspa : abg.nk derme.tp tknak isi borang dlu.nk timbang berat .kalau ok.sy isi borang
abg : okay
puspa : abg 46 (hahah.nk di jadikan rezeki aku.padahal hr tu timbang 44,43 jek).
abg : isi borang

puspa : derma. *senyum senyum.happy dpt tlg org.

abg : org darah jenis B sombong.jarang nk derma.dia ada darah campuran selalu nya.
puspa : eh.sy tk sombong.ha aa.nenek cina ;p
abg : ha kan.okay good tk sombong.teruskan tlg org.
puspa : :))).

________________________________________-

hm.selalu buat baik ngan org.dgn harapan ada kebaikan masa depan.ikhlas tu penting.okay. i tkde dendam pn dgn u. i dh maafkan (even u tk mntak maaf =P) thanks utk reminder.grg grg pn.bleh kasi satu nasihat yg berguna sgt ;D.
lepas derma darah.cam stone.(iklan) ;p.
uw.pernah tak rasa nk tgk org kita syg happy.mcm buat la apa pn.asal dia happy.lepas tu rasa diri sndiri fake.plastik.
sbb tu malas nk fikir.
okay? *sigh.

-end.

*seorang kawan ajar.hehari i dgr.meh lah share ngan korang.;))

kongsi :-
Allahumma layyin li qalbahu kama layyanta li daud al hadid”

Makna:
Ya Allah lembutkanlah hatinya kepadaku sebagaimana Dikau lembutkan besi untuk Nabi Daud alaihissalam.

Saturday, April 3, 2010

demmit.demmit.

i ngan mirul yg nk ngamuk jek =pparam.param.u terbaek ;p heeeeeee!;p.we love param ;ppp
line up.;p

okay.balik rumah lepas hbs perasmian.pnympaian sme.cr baju nk pkai.memule ambik bju 60earth hour.tetibe tk jd. hm. mcm tgk bola.okay.hambek bju "segala dihajat tp tk dpt adalah nikmat yg paling padat". hah! kn betul.
aku ada ckp kt hakeem : i rs tk sedap hati.
*hah! kan betul .!
rooney injured.
bila zale dtg aku ckp
"Wa rasa lu bawak badi ni"
haa! kn betul lg.
Allah.kalah! hm. tp tk byk.pstu tah.aku suka game ni.dua dua bersemangat.cuma.man utd tkde rooney.brbtv mmg la tk ble bla!. slow.tp rajin. (bak kata nabil)
arul bising.bising sgt! duk sbelah aku plak. aduh! nk nyorok.dh crowded.lantak la "di hauk dek setan la lu arul" (bak kata en halem) ;p.
haih macam macam. aku rs arul tbakar.bila kna bakar ngan fans chelsea yg rmai.mmg rmai pn kt khulafa td.rmai ngan chelsea fc.arul ngamuk tetengah org rmai tu.sebaek fans chelski sme trkawal.aku tgk.diorg tgk kan aje td.lahai.slalu okay jek arul ni.hr ni luar kawal plak.
fufu cancel last mint.aku pn g lah tgk ngan bebudak ofis spt biasa
line up - man utd :
  • puspa
  • man
  • nabil
  • arul
  • sadiq

line up tk ble bla (chelski) :

  • zale
  • arep (dia arsenal anti man utd)
  • abg apetah nama dia

line up tk masuk campur.ape nk jd jd la :-

  • shahrani
  • hisyam

hahaha =p.

kepada mufc.chil.ni bkan penghujung.diorg lebih skit point jek.klau ada luck kita.kita bulleh:D
pape pn.best ah ;). tah nape.aku rindu game cam hr ni.tebaek.van der sar pn terbaek.lama tk tgk dia buat keje gila tu ;p. hahah! terubat rindu .aw :). heeeeeee!

result : man utd 1 -( Macheda). chelski - 2

okay point fantasy mcm best.i ada drogba;p.

hello.

hr ni.
mntk mntk.semua baik.
good luck Taman. d= D.

Ameen.
;).

Friday, April 2, 2010

tv tkde channel.

2 april.
hujan.makan.tasek sec 7.kiosk.kerja.khemah.lampu.bla bla bla bla.

3April.
kerja.bla bla bla bla. -man utd vs chelski.bla bla bla bla. isk!.

4April
kerja.

notes : -
kawan ajar.nak istikharah.kena puasa(okay ni sunat).pstu lepas isyak .istikharah. bc yassin(ni pn sunat).nnt tau la. tp bentuk tau tue.tk semestinya nmpak muka.kadang2 laen.mcm mcm cara kalau nk nmpk tue.Allah. bila dia ajar tu.aku cam *@$#@%@ mcm berani jek nk buat =-x.nnt ah.(baru blajar.tknak buat lagi.takut plak.sudden.thanks kawan.sbb ajar =p).

eh.din beramboi dh meninggal.al Fatihah untuk dia.


ps: lama tk type type.lost plak =p.okay.nite.

Istikharah.

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

(Saja nk share).=).

Assalamualaikum.