Bismillahir-Rahman nir-Rahim
Sabar bereti: Menahan diri daripada mengeluh atau mengadu dengan penderitaan dan kesulitan yang dihadapi.
Al-Kashani menghuraikan, sabar ialah menahan diri dari mengadu kepada selain Allah, dalam waktu yang sama dia terpaksa menanggung atau memendam perasaan di dalam jiwa. Bererti, sabar itu memang sakit kerana kita terpaksa berkerja keras menahan sesuatu rasa, sama ada benci, kecewa, sedih, marah, putus asa di dalam jiwa kita. Al-Kashani mengatakan lagi, kalaulah seseorang tidak perlu menahan rasa, jiwanya tak gelisah dengan apa yang dihadapi, itu sudah di maqam redha. Orang yang bersabar tidak akan mengeluh atau mengadu kepada makhluk, sebaliknya mengadu kepada Allah s.w.t semata-mata. Seperti Nabi Ayub a.s, Nabi Zakaria a.s dan nabi-nabi yang lain. Mereka mengadu hanya kepada Allah.
Al-Harawi menyebut, sabar merupakan sifat yang paling sukar untuk diamalkan dan dijadikan pakaian oleh orang awam. Ya lah… seperti kita, kita belum terbiasa dengan mujahadah dan latihan melawan nafsu. Tentu sukar apabila sesekali kita perlu memulakan sabar. Apabila kita sudah biasa, menahan diri dan bersabar dengan apa sahaja yang kita hadapi, kita akan merasa lazat dengan bala dan penderitaan. Bukankah apabila kita dalam kesedihan, kesulitan dan musibah, ibadah kita dan munajat yang kita panjatkan kepada Allah, lebih tulus, lebih lazat dibandingkan ketika kita dalam nikmat?
Redha pula seperti firman Allah, "ارجعي إلى ربك راضية مرضية" (Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu).
Dari ayat ini jelas, keredhaan Allah tidak akan diperolehi oleh mereka yang tidak redha kepada kurniaan Allah. Malah redha kepada Allah menjadi syarat untuk kembali kepada Allah dan mendapat RedhaNya.
Orang yang redha ialah orang yang tidak akan mendahului kehendak Allah. Apa yang telah lalu dan yang akan datang, dia terima. Tapi sebagai manusia, dia tetap juga akan menangis dengan kehilangan dan kematian orang yang dicinta. Dia tidak mempertikaikan kenapa perkara-perkara itu ditimpakan kepadanya. Seperti sabda Rasululullah s.a.w. ketika kewafatan anakandanya Ibrahim (a.s), "إن العين تدمع، والقلب يحزن، ولانقول إلا ما يرضي ربنا، وإنا بفراقك يا إبراهيم لمحزونون" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Walaupun kesedihan melanda hati dan air mata yang membanjiri, itu tidaklah keluar dari batasan sabar dan juga redha, kerana itu merupakan fitrah dan sifat yang sinonim dengan manusia.
Keupayaan Sabar yang Allah bekalkan
Ustaz Nursi menasihatkan tentang keupayaan sabar yang ada dalam diri manusia. Allah sudah bekalkan cukup kepada kita. Semua manusia sebenarnya mampu menanggung apa jua yang datang dalam hidupnya tanpa keluh kesah. Seharusnya kita menumpukan hidup kita dengan apa yang berada di hadapan kita sekarang. Kita tidak patut masuk campur dalam urusan Allah. Mungkin kita terkenangkan segala kesulitan dan kesedihan yang lalu. Juga penderitaan yang bertahun-tahun sudah kita hadapi dan masih tidak hilang sampai sekarang. Di dalam Luma’ah kedua, kita diingatkan supaya tidak mengenang lagi perkara lalu yang menyakitkan. Bukankan perkara itu sudah pun berlalu? Ia sudah lepas dan tidak lagi menyakitkan kita. Apa perlunya kita menjemput kembali dan merasakan kesakitan yang tidak ada? Kesakitan itu sudah pun habis…tetapi pahalanya kekal. Kerana kita bersabar. Pahalanya tersimpan kukuh di sisi Allah.
Begitu juga yang akan datang. Buat apalah kita membayangkan ketakutan dan kesempitan yang belum terjadi. Apa yang akan jadi esok belum pasti, kenapa kita harus membebankan diri kita dengan perkara yang belum pasti. Bodohlah kita kalau kita bimbangkan sesuatu kesakitan dan musibah yang dijangka sedang menanti kita. Ia sebagaimana bodohnya orang yang makan dan minum sebanyak-banyaknya kerana dibimbangi akan lapar dan haus di hari esok. Kebimbangan pada sesuatu yang belum terjadi adalah tidak berasas sama sekali.
Jadi, kita hadapi sahaja hari ini dengan penuh tawakkal. Kerana keupayaan kita untuk bersabar telah cukup Allah bekalkan. Jangan kita bebani pemikiran dan jiwa kita dengan perkara yang telah lalu dan yang akan datang. Tumpukan segala kekuatan untuk menghadapi hari ini.
“Bertenanglah, kerana hari-hari itu belum tiba lagi. Janganlah kau menangis sebelum dipukul. Janganlah engkau takut tanpa sebarang sebab, janganlah engkau mengada-adakan benda yang tidak wujud. Tapi fikirkanlah masa kini. Kesabaran yang engkau ada mampu bertahan untuk saat ini.”
Segala kesulitan penyakit dan musibah, hakikatnya bukanlah musibah, tetapi ia adalah sentuhan rabbani.
“Kesimpulannya, sebagaimana kesyukuran menggandakan nikmat, begitulah juga keluhan. Ia hanya menambah musibah dan menafikan seseorang dari mendapat belas kasihan.”
Wallahu a’lam, Subhanakala ‘ilma lana illa ma ‘allamtana innaka antal ‘alimul hakim” .
Thursday, October 28, 2010
Sabar.dan.Redha.
=).
Sunday, October 24, 2010
Tombo Ati’
Salah satu cara mengubati hati daripada mati adalah ‘bergaul lah dengan orang-orang soleh’. bergaul dengan orang-orang soleh tidak bermakna kita perlu terus mengabaikan orang-orang yang dianggap kurang soleh.
dengan orang yang soleh, kita seperti orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi. maka kita mendapat harumnya.
dengan orang yang dianggap kurang soleh, kita jadilah penjual minyak wangi kepadanya. mudah-mudahan, dengan hati kita yang ikhlas untuk memberi dan berkongsi, hanya kerana Allah SWT, orang yang mendampingi kita akan turut mendapat harumnya wangian yang kita jual.
Allahu Allah.
*=).
sunday.
semalam (Saturday). 9am - pergi kubur arwah. angin sepoi² time ktorg nk start baca yasin.kuasa Allah.semua trdiam kjap.lepas tu start bc. setiap kali doa.dan nama arwah disebut.air mata pn bertakung. *sobss. ya Allah.terasa dekat dgn dia.terima kasih atas perasaan itu. kemas² kubur arwah.buang mana daun yg tumbuh tnpa di undang.insyaAllah.awk tenang kt sana Adhwa.i miss you.we miss you.hbs je bc yasin dan seterusnya doa.baru la air mata jatuh.sy makin strong.makin redha.cuma rindu.tkkan hilang. al Fatihah..
sistem utk dinner ktorg : hee~ tgh mencuba la nie. kalau okay.nk suh skali turun.ngan minta bantuan hot mama : roshda (gadis ict). em em. dinner lg satu minggu.mntak² sempat.
lampu kereta dh tak menyala.yg kt blakang.
ni teguran kali ke dua. heee. mmg bahaya la ek? abah ngan mama mana nk prasan keretaku tkde lampu ;-p. kawan² yg kebetulan kt blakang kete yg prasan. he he. malu den. terserlah kemalasan nkg ganti.okay la TODAYYYYY I G GANTI .. ah!
=).okay bye.
Saturday, October 23, 2010
Good luck final.
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x
Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong
Hobing jang hobin...3x
Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x
bukan main bola lisut
bukan main bola tampa
Semuo oghang tekojot
kito monang bia lah melaysia
Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan menggellabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x
ps : i tk aa gila sokong mana2.. game pn tgk game kedah. peh kala plak 1 gol. keeper comel neves laaa .. hm. sebaik comel.=s.sokong n9 plakk.. n9 ada kembar. okay suka! cayok! :-p
Friday, October 22, 2010
Keutamaan Surah Yasin
1. Rasulullah SAW. bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Yasin karena Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca Al-Qur’an dua belas kali. Jika surat Yasin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap satu huruf sepuluh malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat ruhnya dicabut, mengantarkan jezanahnya, bershalawat untuknya, menyaksikan saat penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanya malaikat Ridhwan penjaga surga dengan membawa minuman dari surga, kemudian meminumkan padanya saat ia masih berada di ranjangnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak haus, sehingga ia tidak membutuhkan telaga para nabi sampai masuk ke surga dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur Ats-tsaqalayn 4/372).
2. Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW. bersabda: “Barangsiapa yang mendatangi pekuburan lalu membaca surat Yasin, maka pada hari itu Allah meringankan siksaan mereka, dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sejumlah penghuni kubur di pekuburan itu.” (Tafsir Nur Ats-tsaqalayn 4/373).
3. Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa): “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah surat Yasin. Barangsiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum bepergian, maka hari itu sampai sore hari ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikaruniai rizki. Barangsiapa yang membaca di malam hari sebelum tidur, Allah mengutus seribu malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua setan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia mati pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke surga, tiga ribu malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil memohonkan ampunan untuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya para malaikat itu beribadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburan-nya diluaskan sejauh batas pandang, diamankan dari siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit sampai Allah membangkitkannya dari kuburnya…” (Kitab Tsawabul A’mal, hlm 111).
Thursday, October 21, 2010
Kisah Rabiatul Adawiyah.
- rindu arwah - Al fatihah.
- bc cerita Rabiatul Adawiyah.
Kisah Rabiatul Adawiyah
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Doa.
Doa.
Doa.
Tuesday, October 19, 2010
Mukjizat dan Kelebihan disebalik “BISMILLAH”
- BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz “BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM” yang bermaksud: “Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
- Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
- “BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.” (Hadith Qudsi)
- Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit mel ain kan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu mel ain kan Allah beri berkat ke atasnya. - Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
- Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas’ud berkata: “Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.”
- Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, “Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. “
- Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
- Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
- Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
- Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keber ani an dan kehebatan kepada si pembaca.
Sekian, semoga ada manfaat. =)
Monday, October 18, 2010
=D
Sunday, October 17, 2010
bff.
Thursday, October 14, 2010
Wednesday, October 13, 2010
Kelebihan Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
Suci maksudnya ia tidur di dalam keadaan suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.
Daripada Muaz bin Jabal r.a. daripada Nabi s.a.w. baginda telah bersabda maksudnya: Barangsiapa dari orang Islam bermalam di dalam keadaan suci kemudian bangun malam (untuk beribadat) berdoa kepada Allah s.w.t. memohon kebaikan dunia dan akhirat maka Allah s.w.t. akan menunaikan permintaannya. (Berkata Al-Mundziri di dalam At-Tarqibnya diriwayatkan oleh Abu Daud juga oleh An-Nasai dan Ibnu Majah)
Tuesday, October 12, 2010
akhirnya demam.
Saturday, October 9, 2010
friday.
saturday = 9am til 2am (kot ke 230am)
sunday = 6am til 11 pm (tk pn 12) omg.
good luck puspa.
good luck kawan2.
td satu part je cam klaka
bos aku : duduk sni puspasari
aku : erk. takut.(pehal tah ckp cmtu.ngeng)
bos aku : sini
kena bahan :
menantu?
aku : dlm hati (peh. gilaaa ngeri gurauan tue)
bos aku : ha a menantu.ambik gamba ngan menantu.
*pening pale.
oh hm. hr ni jmpe 30 kontijen dh bahagi 3 ngan azwa plus zali. jd bebelas.penat gila nk layan kontijen luar.tk ble bla la korang. kalau hot tkpe.tak hot tk hot.
mamat ipoh : nama sape, tinggal maana,umur berapa,
aku : jujur.sme jwp.shit.
mamat ipoh : dh ada bf
aku : ADA. hahah
mamat ipoh tk ble bla : oh.dh agak
kalau u tnya i dh KAWEN KE BELUM PN I BLE JAWAB HA A DAH.sebaik u tnya ade bf tak. kasi u tau skek.market u tk best. pehh tk ble bla la lu.
okay.sblm ngarut byk.nk tdo dlu.mau energy utk esok plak.
Assalamualaikum.
nite ppl.
Thursday, October 7, 2010
calm.sesi ym =).
o: hai puspa comel
o: oto takdela busy mane
puspa: tk comel.
o: surfing2 je
o: cari idea
puspa: kaalau slalu sedih mana jd comel
puspa: oto. puspa dpt habiskan puasa 6
puspa: td last
o: waaah
o: congratulation
o: fewit
o: sedih kejap2 je
o: jgn terbawak2
o: rugi
puspa: Alhamdulillah.hr tu bru ngadu kt oto.skali smalam ngan today dpt puasa ..
puspa chups:
puspa chups: hm
puspa chups: sedih
puspa chups:
otoman orang: alahai
o: slalu kalo sedih2 wat pe?
puspa: td bc yassin
puspa: utk arwah yg meninggal
puspa: dh dua minggu masuk esok
puspa: sedih =(
puspa: smalam ade buat solat hajat .. sedih jgak
puspa: kenapa dgn puspa oto
puspa chups:
o: puspa terbawa2 je perasaan tu
o: perasan blaming diri sendiri
o: perasaan nak puaskan hati semua orang
puspa: tp kalau dpan2 org.puspa mcm kuat la. blh cntrl diri.
puspa: rasanya
puspa: la
puspa : ha aa.mmg ada prasaan tu
o: stop blaming diri sendiri
puspa :
o: dan cuba redha slowly
o: we are human
o: have no power
o: to satisfy
o: everyone
o: everybody
o: everything
o: even for ourself
o: kita kan limited
o: so..make up ur mind
o: try satisfy benda2 yg priority
o: mak
o: abah
o: adik bradik
o: dan diri sendiri
o: pastu baru la puaskan kawan2 rapat
o: kawan2 baru
o: kadang2 sifat terlalu nak puaskan perasaan orang
o: mmg makan diri
puspa: byk la ooto puspa sedih..
o: biarkan perasan tu reda dulu
puspa : lately rs tk kuat.tp nk cari kekuatan. puspa byk berdoa. mengadu dgn Allah jalan terbaik kan oto.
o: insyaAllah
o: insyaAllah
o: kan kita bleh doa
o: mintak pengakhiran kita adalah yg terbaik
o: husnul khatimah
puspa chups: thanks oto.. nasihat2..
o: amin insyaAllah
o: alahai
o: simple2 je
o: yg penting
o: diri puspa sendiri
o: dalaman
o: puspa melalui proses pelbagai
o: anggap la sebagai Allah nak bagi pengalaman dan pengajaran
o: insyaAllah hati lega
o
puspa: yela.dugaan yg tkkan pernah stop.
puspa : Allah memang menguji.. dia nk tgk kita kuat ..maknanya bila kita tk kuat.kita kena berusaha jd kuat
puspa chups:
puspa chups: oto lelaki oto..
puspa chups: ada beza between kita
puspa chups: perempuan tk sekuat lelaki =(
o: hehe
o: mmgla
o: tapi tokoh2 wanita islam
o: sehebat tokoh2 lelaki
o: ada tokoh lelaki
o: yg kalah dalam medan perjuangan nafsu dgn tokoh wanita
o: seperti kisah
o: rabiatul adawiyah
o: lepas ni
o: puspa
o: ceria2 ok
o: ?
o: kadang minda kita terpengaruh
o: terbawa2
o: dgn sekeliling
o: cuba jadi kuat lagi sket
o: ceriakan diri
o: dan setiap pagi
o: anggap hari baru
o: awal2 tu
o: masukkan input2 ceria dan gembira
o: ok?
puspa : tp kalau sekeliling kita tk hepi.mcm mana ;(. ye.insyaAllah wey. puspa pn mmg nk mcm tue.
puspa : harap dijauhkan bnd bnd sedih psni.
o: ada doa kan
o: doa 12 pintu
o: pintu kebaikan
o: pintu kebahagiaan
o: pintu keceriaan
o: pintu rezeki
o: pintu kelapangan
o: pintu ketenangan
o: etc2
o: nak 1000 pintu pun boleh
o: ada dalam buku ismail kamus
o: ataupun
o: fadilah kamsah
o: Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Sumber : Di edarkan semasa ceramah Datuk Dr Fadilah Kamsah di MSSAAS.
puspa : ;D
puspa : insyaAllah puspa amalkan..
o: amin!
(okay part ni potong ..pjg sgt )
puspa: Assalamualaikum. nite oto
o: waalaikumussalam puspa comey
*thanks wey.=). okay. nite ppl
=).
*deep.
Alhamdulillah.
lately dh tau mcm mana cara nk selalu bersyukur.nk kawal marah plus mcm2 lagi bnda yg kasi sy down.insya Allah.sy okay. ;).
oh. td baru bc yassin utk arwah bff ..-w.adhwa.
esok.dh dua minggu you tkde.Al fatihah Adhwa.insya Allah. kawan2 akan selalu sedekah al Fatihah dan bacakan yassin utk you.
tenang di sana.InsyaAllah - Ameen.
kehidupan mmg perjanjian sementara. hargai apa yg dtg.
pagi tadi.dgr ceramah. ustaz ckp.. manusia..mmg hati ada turun naik..tk perfect.sbb kita bukan malaikat.
tp berusaha la utk jd terbaik..
ustaz ckp lagi,
kehidupan di dunia menggambarkan kita bila kita meninggal nnt. ustaz pesan, jgn la slalu menanges sbb benda remeh. *rugi,
menangis la bila kita berdoa dgn Allah. menangisla sbb takutkan dosa,takutkan mati, menangis la sbb faham setiap baris ayat yg dibaca.
selalu la berzikir.
okay la.sy penyebar ilmu.sharing is caring.harap sy pn berjaya amalkan semua kt atas.moga Allah lindungi kita semua.
setiap dugaan.menunjukkan Allah syg kt kita.dia tau kita boleh hadapi.sbb tu ada dugaan.sedangkan Nabi pun di duga. lagi pula kita. manusia biasa. moga Allah tabahkan hati kita semua. Ameen.
apa saja ya Allah.
aku redha.
insya Allah.
Wednesday, October 6, 2010
puasa 6.
dh ble smbung puasa today (sbb dh tamat hari perempuan.)
oyey.
today puasa! masih bulan syawal. thank you Allah.
jakg sahur.
kamon puspa.
today and tomorrow.
moga diberi kesihatan yang baik.
Ameen.
Tuesday, October 5, 2010
ha-ppy.
hm. bila down cani. baru la rasa.pentingnya extra bahu.. =(. dlu time blajar ada ramai bff yg aku pinjam bahu. hbs blaaja ada jgak beberapa bahu yg aku pinjam. tp tk selalu tk dpt selalu mcm dlu.. bila lagi besar.lg rasa sorang2. lagi lagi bff ramai yg dh kawen..=( *bedaa donggg.. semua mula busy dgn kehidupan masing2.
tmasuk la aku. busy dgn kerja.bgn pagi kerja.balik kerja bilik.demam.tdo. tp tkpe la.setiap kali kerja. adalah benda baru. kerja tu kira cari ilmu. Islam mmg suruh kita jgn berhenti cari ilmu.. lagi pulak kerja tu ibadah.nk dpt pahala jgn merungut. insya Allah. moga Allah kuat kan aku. plus kawan2 semoga ktorg selalu ikhlas.Ameen.
bila tkde extra bahu.. (bahu mak mmg terbaik.tp slalu buat2 happy bila dgn mak.sbb tk sampai hati nk tgk dia risau =( ). thanks mak. walaupun adik plastik kadang2.sorry ma ;(.
insya Allah. Allah yg satu.mengadu kt Allah pn adalah jalan terbaik.
agak agak aku strong tak nk sabar dgn semua situasi..
sabar adalah jalan terbaik
insya Allah puspa
insya Allah.
Monday, October 4, 2010
"Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un"
* Beroleh ampunan dari Allah
* Beroleh rahmat dari Allah
* Dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah).
Di dalam Al-Quran Allah SWT telah mengajar kita supaya mengucap kalimat "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un" ketika mengalami musibah. Disunatkan mengucapkan kalimat tersebut setiap kali ditimpa musibah, dari yang paling besar hingga musibah terkecil, seperti terpijak duri dan sebagainya.
Dalam tujuan yang sama sebuah hadith Rasulullah SAW telah menjelaskan yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah lalu membaca ayat yang diperintahkan Allah SWT "Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un, Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" (Sesungguhnya Kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya, ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah SWT memberikan pahala dan menukarkan dengan yang lebih baik baginya." (HR. Muslim)
Bacaan tersebut mengandungi penawar bagi apa juga bentuk musibah jika diamalkan dan dihayati sepenuh jiwa kerana didalamnya terkandung pengakuan yang penting terhadap dua hal:
> Pengakuan diri sendiri, anak, suami, isteri dan seluruh harta adalah milik Allah SWT. Seseorang tidak memiliki semuanya itu melainkan atas dasr amanah yang diberikan kepadanya oleh Allah SWT.
> Akhir semua manusia adalah kepada Allah SWT samada cepat atau lambat, yang pasti manusia diciptakan ia tidak mempunyai apa-apa, tiada keluarga dan harta. Maka seperti itu jugalah kelak ketika manusia bertemu dengan Tuhannya. Jika ada yang mendampinginnya, maka itu adalah amalnya ketika di dunia. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kamu datang menemui Kami bersendirian sebagaimana Kami ciptakan kamu juga sendiri-sendiri dan kurnia yang Kami berikan itu akan tinggal di dunia." (Al-An'am: 94)
Saturday, October 2, 2010
Friday, October 1, 2010
time flies..
Time flies..
Sesungguhnya Allah menyayangimu
Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.
Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.
Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.
Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,
Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?
Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.
(Riwayat Tirmizi)
Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.
Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.
Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.
Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,
Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.
Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.
Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.
PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu