Sunday, October 24, 2010

Tombo Ati’

Tombo Ati = ubat hati

Salah satu cara mengubati hati daripada mati adalah ‘bergaul lah dengan orang-orang soleh’. bergaul dengan orang-orang soleh tidak bermakna kita perlu terus mengabaikan orang-orang yang dianggap kurang soleh.

dengan orang yang soleh, kita seperti orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi. maka kita mendapat harumnya.
dengan orang yang dianggap kurang soleh, kita jadilah penjual minyak wangi kepadanya. mudah-mudahan, dengan hati kita yang ikhlas untuk memberi dan berkongsi, hanya kerana Allah SWT, orang yang mendampingi kita akan turut mendapat harumnya wangian yang kita jual.

Allahu Allah.

*=).

No comments: