Monday, June 28, 2010

jadi lagi laaa.

kalah lagi.
capelo tk ble bla.

tgk muka beckham =(.sedih dowh.
campur tgk sme player suffer.sedihhh =(

tkde cup dh.
ref lg tmbah suffer.bodoh ref!!. kasi player down je.
tp tu la..ni bkan tkde luck ..def pn cam =((.
james pn cam :((.

4 tahun babe.tunggu korang.
bukan kejap. age skrng 25. tolak 4 tahun.time tu i study lg.lama kot. skrng dh kerja. lg 4 tahun.tktau apa jd kt i. bila babe.nk melangkah maju lg?
tp.
pesal tah.syg eng lg.

i tunggu korang.
4 tahun lg.

okay?.
and i wish.
korang g final
4 tahun lg.
please?

knoe wut? 1st half.lepas minit ke 25.i nanges.
2nd half.lagi laa!! =((.

jgn kasi i crack.
please!.

mama : dh lah.jgn tgk
adik : kalau adik tgk ni last.at least adik tgk.
mama : *Sigh.
adik : *sobsss (g kat bahu mama).

-nite.

eng 1 - german 4 (bye eng) =(.

Saturday, June 26, 2010

superman with no arms.



okay.zharif ni style. kalau nk jmpa dia.pegi denai alam.pr best.soft.friendly.1st time jmpe dh ble rasa mamat ni good heart.kasi kita comfort ngan dia.knowledge banyak x ingat. org ada tgn belum tentu boleh ada apa dia ada. bila Allah tarik satu benda.Allah bg satu benda lain kt dia yg tk semua dari kita ada. KEKUATAN + KESABARAN.

sumpah! tgk dgn kaki dia blh jd tgn.bila tgk live.rasa cam. ya Allah.mmg setiap manusia ada istimewa dia.Allah uji dia.sbb Allah tau dia mampu hadapi ujian tu.usaha tak berhenti.kasi dia laju je buat kerja guna kaki je wey.

time borak.boleh rasa dia ni honest. korang turun denai alam.menderma. plus bleh jmpa zharif ni.dia cani pn.dia hot wey. heeee ;). sumpah dia hot.
and paling best. i rasa dia sincere semua dia buat. sbb tu ..kita semua.happy tgk dia. tenang pn iye. ;).

to all.
mari doakan semoga Zharif slalu happy dalam life dia. mari doa. semoga Allah selalu lindungi dia. mari doa semoga dia dijauhkan dari benda yang tak baik.Ameen.

to Zharif : good luck ;)).

ps : balik je ofis. kte google pasal dia.sbb rs cam ada benda best kt dia *obses.
haha.;p.okay lah.Assalamualaikum.

Monday, June 21, 2010

(^-^)/

clean.

td tgk bola. msg cam ada bunyi. tp aku cam "biar ah dlu" (tk bc).
sudden bc. tetibe down.
*hati mcm ada retak =(.
lama aku fikir.
mcm lg lama fikir.lg tk jd apa.='((.

aku ngadap Allah.
solat apa yg patut.
2 rakaat
2 rakaat
2 rakaat

Alhamdulillah.aku tenang.
sudden.
mcm boleh ada suara.bersuara.
kalau nanges pn.time ngadu ngan Allah.
time sujud.
semua rasa mcm peace sgt.

Korang.kalau rasa ada yg kurang.time tak kurang pn.semua rahsia Allah je yg tau.apa apa nk ngadu.Allah yg terbaik.

dulu kalau down.bukak music kuat kuat.bukak muvi konon hilang stres.tp sebenarnya.ketenangan bukan mcm tu.bersihkan hati.insyaAllah.

saja nak share.
Allah maha mendengar.maha pengasih maha penyayang.

Moga yang terbaik utk hamba hamba mu ya Allah..
Ameen.

Sunday, June 20, 2010

(=.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:



Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”


Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”



Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”



Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]


Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”


Lalu Rasulullah bersabda:

“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]


Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.[3] Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]



Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:

Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]

Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”

Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “…dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:

(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]

Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.

Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.”

Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?”

Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).”[4]

4. Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidaksihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.

Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)

lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.


Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.


Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:
“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya;

mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.”

Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).

Dan berkatalah dia kepada kakak Musa:
“Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh

sedang orang ramai tidak menyedarinya.

Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun):

“Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui

(yang demikian itu). [Maksud surah al-Qasas 28:7-13]

5. Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan, seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.

Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada ibu.

Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, “Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?”

Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?”
Dia menjawab: “Tidak.”

Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.”


Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?”

‘Ibn Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.”[5]

=(.

sudden.
sy rs apa sy buat before.sy dpt balik.Allah punya kuasa.insyaAllah.sy okay.sy sedang hadapi dgn tenang.

sy hari hari akan mencuba.
tak rugi
Allah tak suka org cpt putus asa.

cuma.
aku mintak
PETUNJUK
umur tak pernah berundur PUSPA.
jgn PUTUS ASA.

apa pn.jgn PUTUS ASA.

=)

hepi bufday MAMA.
Selamat hari Bapa ABAH.

hari PENTING. 20hbJun2010. serentak.hari PENTING untuk dua dua orang aku SAYANG.
TERIMA KASIH saya bukan dengan hadiah.peluk dan cium.insyaAllah.TERIMA KASIH disudut lain juga ada.sy janji sy jadi anak yang baik.insyaAllah.walaupun masih mencuba untuk jadi yang terbaik.setiap hari akan cuba jadi yang terbaik.dan terus terbaik.

Semoga mama dan dimurahkan rezeki :).di panjangkan umur.:).semoga sy dpt bahagiakan kalian okay?:).

insyaAllah.

Assalamualaikum.

Wednesday, June 16, 2010

McDonald's FIFA World Cup Fantasy



**klik utk image jelas ;p


;)). skrg addict bnda ni =D. tgk game.teringat point.tgk game teringat point. oyeah i kt top 10 lg buat masa ni .. nk top 5.tktau la smpai bila boleh stay.kecuali la kalau aku ble hack akaun yg no 1 tu.tuka player dia kasi yg selenge ;p. heheh.

okay kena ikhlas.baru ble dok top 3.
okay sincere.

game ni ikut deria rs ke 6 tau? kena agak. see. i letak kaka.tp kaka tkde goal.i letak rooney.rooney pn no goal. see see. bola mmg ikut luck.
korang sedar tak? tk sedar sudah.

yg penting.susah nk agak champion utk worlcup ni sapa.
klau korea.gila RARE!
;).
hee. kalau ENG LAGI RARE ;p.
okay bye.
;p

Sunday, June 13, 2010

Sang Isteri..

Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah rahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.
ps : i blm kawen.sj nk share knowledge =).

Isteri.

Dalam kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri. Sama ada ia berpunca dari suami atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah- marah, terus tinggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar. Kadang-kadang sampai berhari-hari tidak pulang kerana runsing dengan karenah isteri yang suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga yang mencari hiburan luar, semata-mata untuk menenangkan fikiran yang runsing itu. Malah ada yang bermain kayu tiga kononnya isteri di rumah tidak pandai melayan, hanya suka marah-marah sahaja.

Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah.Suami adalah pemimpin dan guru kepada isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu. Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia juga wajib mendidik isteri serta anak-anaknya. Dan proses mendidik ini bukan cukup hanya sekali dua dinasihati, tetapi ia memakan masa yang lama


Pada saat isteri sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri dalam keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah, dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok dan mungkin patah. Rasulullah SAW bersabda :

“Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanitaSuami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam isteri serta sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan.Dalam hal ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan sempurna.Baginda berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri-isterinya. Bahkan bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam ketika sedang marah, memperlihatkan rasa cemburu atau di saat sedang berselisih faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi dengan lemah lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil memberikan peringatan yang baik.

Pernah berlaku wanita seramai 70 orang berkumpul di kediaman isteri Rasulullah SAW, semuanya mengeluh dan saling menyalahkan pelakuan suami masing-masing. Apabila perkara ini diketahui oleh Rasulullah SAW, baginda tidak terus marah malah tetap bersabar. Baginda bersumpah tidak akan menghampiri kesemua isterinya selama sebulan.

Tindakan itu baginda lakukan sebagai pendidikan kepada mereka. Tatkala itu baginda benar-benar pandai meletakkan kesabaran pada tempatnya dan menempatkan kemarahan pada tempatnya. Hasil daripada tindakan itu, kesemua isteri baginda bertaubat dengan bersungguh-sungguh hati menyesali perbuatan mereka. Begitu didikan Rasulullah yang sangat berkesan pada isteri-isteri baginda.

Begitu juga dengan para Sahabat, mereka mengambil sikap sabar apabila ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan isteri mereka. Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu si sepan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itu sambil berkata pada dirinya: “Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!

Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi, Khalifah Umar keluar dan memanggilnya. Umar bertanya, “Apakah tujuan kedatnganmu? “Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuan isteriku. Dia sangat cerewet dan sering menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku. Kerananya aku lalu berfikir, “Kalau isteri Amirul Mukminin pun seperti itu, apa lagilah isteriku.

Khalifah Umar menjawab: “Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadap diriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku, dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya.

“Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku! Lelaki itu menyahut: “Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku!

Khalifah Umar kemudian menasihatinya: “Saudara, bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja.

Jadi, para suami hendalah selalu bertolak ansur dan memberi kemaafan sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan rasa marah kerana marah adalah kunci kepada segala kebencian dan pergaduhan. Tidak rugi kepada orang yang menahan rasa marahnya. Hadis Rasulullah SAW :

“Ada tiga perkara yang jika ada antara kamu yang melakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan dan rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam Syurga-Nya. Iaitu orang yang jika yang diberi ia berterima kasih (bersyukur), jika diperlakukan hal yang buruk ia memberi maaf dan jika marah ia dapat menahan diri.

Rasulullah SAW juga bersabda “Siapa yang sabar menghadapi perlakuan buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi cubaan dan sikap isterinya, manakala isteri yang sabar menghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Asiah, isteri Firaun.

Bagi para suami yang selau runsing memikirkan sikap isterinya yang buruk itu, bersabarlah kerana ia akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Namun, jangan dibiarkan terus sikap isteri yang suka mengamuk itu, berusahalah dan sentiasa mohon kepada Allah moga-moga diberikan kekuatan untuk mendidik isteri.

Saturday, June 12, 2010

hati sy dh jatuh.

sape nk kutip?

nmpak mcm serius.

*=).

*doa doa doa.

Wednesday, June 9, 2010

Syukur Di Atas Nikmat-Nya

Kegagalan juga dapat mengajar kita erti kesyukuran. Sebahagian ulama mendefinasikan syukur ialah hati yang sentiasa teguh mencintai pemberi nikmat, anggota sentiasa mentaatiNya dan lidah sentiasa bergerak menyebut dan memujiNya. Imam Ibnu Abidin di dalam kitab Dalil al-Falihin mentakrifkan syukur ialah mengiktiraf nikmat serta melaksanakan khidmat. Sesiapa yang banyak melakukannya dia dinamakan orang yang benar-benar bersyukur.

Firman Allah Taala bermaksud:


"Dan sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur."
(Surah Saba: Ayat 13).


Kegagalan yang kita hadapi kini adalah secebis sahaja daripada episod kehidupan yang penuh kesenangan, sedangkan nikmat yang diberikanNya sebelum ini terlalu banyak jika hendak dihitung dan dikira. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud:


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menghitungnya."
(Surah Ibrahim: Ayat 34).


Syukur merupakan makam (kedudukan / peringkat) yang tertinggi bagi pengamal Tawasuf kerana ia melibatkan hati, lidah dan anggota. Allah Taala juga menyuruh kita banyakkan bersyukur dan menegah kekufuran sepertimana firmanNya bermaksud:


"Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengufuri (nikmat) Aku."
(Surah al-Baqarah: Ayat 152).


Allah Taala menyifatkan sebilangan besar manusia tidak bersyukur sedangkan betapa banyak kelebihan dan nikmat daripadaNya yang telah diberikan. Hanya sekali sekala dugaan datang, ia sesekali tidak akan melenyapkan nikmat dan kesenangan yang telah dikurniakanNya sebelum ini. Begitu jugalah jika dilihat pada dugaan dan ujian yang menimpa orang lain, alangkah bersyukurnya kita kerana dugaan yang kita perolehi tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Tidakkah kita bersyukur lagi?

Firman Allah Taala bermaksud:


"Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikanNya) kepada manusia, tetapi kebanyakkan mereka tidak mensyukuri."
(Surah an-Naml: Ayat 73).

Dalam mendepani ujian atau musibah yang melanda diri, kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa bersabar dan menerimanya dengan hati yang terbuka serta penuh redha. Inilah panduan yang cukup berharga untuk diri kita agar kita dapat mengatasi setiap dugaan kegagalan ini dengan penuh ketakwaan kepadaNya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah."
(Riwayat Tarmizi).


Bergembiralah bagi sesiapa yang diberikan ujian! Bergembiralah juga bagi sesiapa yang sabar dan redha dengan ujian tersebut!

Dugaan kegagalan mengajar kita erti berusaha lebih kuat. Kegagalan mengajar kita erti berdoa setelah kita lalai daripada mengharapkanNya. Kegagalan juga mengajar kita erti kesabaran dan keredhaan dengan segala dugaaNnya. Kegagalan turut mengajar kita erti kesyukuran setelah mendapat nikmat kejayaan. Kegagalan itulah yang mengajar kita erti kembali kepadaNya setelah diri lupa dan leka mengingatiNya.

Firman Allah Taala bermaksud:


"Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran)."
(Surah al-Araf: Ayat 168).

Kegagalan mengajar kita erti kehidupan!

Wallahualam.
“Memberi dan Berbakti”

Sunday, June 6, 2010

Saturday, June 5, 2010

this dude is pretty awesome.tq.

Alasan adalah sebahagian dari kehidupan kita. Ketika kita gagal untuk melakukan sesuatu, maka pelbagai alasan yang kita berikan; tidak cukup masa, tidak sihat, tidak upaya dan macam-macam tidak lagi.

Nick Vujicic adalah anak kepada seorang ketua jururawat di Australia yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki yang sempurna. Walaupun begitu, ketika umur beliau 23 tahun, beliau telah memberi motivasi kepada lebih satu juta orang seluruh dunia. Beliau telah membantu ramai orang dengan duit yang diperolehnya.


Bagaimana dengan kita? Sentiasa memberi alasan dalam kehidupan? (ckp utk diri sendiri =(. )

Semoga video di bawah mampu memberikan inspirasi.

Istikharah Petunjuk Arah

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:


“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”


Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam :


Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata


Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:


Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu
(yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).



Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.




ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.


“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah”
[Al-Aa'raaf 7: 30]


KESIMPULAN


1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan.
Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan
kepada Istikharah.
3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk
melihat buruk baiknya.
4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat
Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh
dipercayai kewibawaannya.
8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka
kepada belitan Iblis.
10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih,
tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup
keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

Friday, June 4, 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Pepagi masuk ofis.tkde org plak.hujan babe.rmai terkandas.
hu.tetibe ada mood nk bcerita pasal si A.si A ni good fren aku.aku kan slalu terkandas bila dh ada bf.pstu tkde.last year je dua wey ex aku =(. loser gila kot. okay sambung cte si A.
dlm kete sudden si A dpt panggilan menceritakan psal si B.hm. tetibe aku pening utk dia.alamek.cane nk tlg.aku pn tk lepas lg.tp aku nasihat apa yg mampu. tp rasa nya si A ni dh ckup semua.serius.bos aku pn kalau tgk dia cam tenang je.relax cool.kalau nk marah tu.tk jd la.sbb dia tk tnggl smayang.busy la cane pn.ke perosok mana pn ktorg tercampak.dia jatuh la cam mana pn. pegi la waterfal.pulau.pnjt gunung.rumah org.semua kalau masuk waktu.itu la yg dia cari.Alhamdulillah.Allah syg org mcm nie.
dia percaya kan si B.tp dlm dia dok prcaya.dia tk payah stalk pn.sorang² cal dia ckp itu ckp ini.Allah.aku tgk muka org baik kena dugaan mcm tue.hm. Allah tlg dia.hr² dia doa.smbhyng 5 waktu.agaknya dlm doa dia tersenarai "ya Allah.berikan la petunjuk"..skrng aku nmpak sendiri.mmg Allah tolong dia.tp dugaan dia mmg hebat.aku boleh ckp kt dia "dugaan Nabi kalau kita baca kisah Nabi lg hebat dr ni".. dia tenang. tp dlm hati dia aku tktau.
sumpah. kalau la si B dgn si A ni.aku rasa ada happines kt situ.dia dh bleh bimbing lu plak. hm. dunia yg kita kejar.akhirat pn kita kena kejar.akhirat tu smpai bila²..
aku selalu doakan diorg bersatu balik.aku harap si B sedar.dan Allah bagi petunjuk.aku kenal dua dua.dn aku mula faham dugaan hidup tu apa.
*istigfar.

4juni=).



comel tk pic kt atas tu? kte aktif tau.sme nk masuk.lari 4x100 la.4x400 la.lompat tinggi la. alahai sekolah rendah =).tu pasal tk cerah time skolah rendah.heeeeee. rmbut je pjg.prngai cam laki. sudden rindu time kanak kanak. ada game.tp ada exam. pergh.exam la yg paling bosan kot. lain best aa.huu. =p.

okay hr ni terima dua berita gembira.nana ngandung.shira nk tunang.=). hmm.blk kg nnt.apa la nasib kte.seru tk smpai smpai.ala sedih =(.tk la stres.sedih je,

eh td ada stalker .fakeeeeeeeeeeee gila kottttttttt. gigil gigil aku.pstu cal si kurus =p.sebaik si kurus angkat. damn.sape tu? dia cam tnggl kt 7 je.ikut aku smpai melebihi had seksyen.plus.aku salah jalan.dia pn salah jalan.pehal?asal wa tk ambik no kete lu ah?ok.wa neves.shit!.tkpe la.tp sy tk ape ape.Alhamdulillah.

*iklan plak ;p.

hm.skrng half half bila nk suka org.nk syg org.pesal tah.sbb yg dlu dlu cam tk hargai sy sgt.sy takut semua org samaaa.sy rasa semua org samaa.. sy dh tau apa sy nak.sy berdoa jela skrng ni.in the end.kalau betul.Alhamdulillah.

-nite.

Thursday, June 3, 2010

PENGURUSAN KRISIS TINGKAH LAKU REMAJA

Remaja adalah aset penting bagi negara maka mereka perlu dibentuk agar selari dengan kehendak negara dan semestinya yang berlandaskan akhlak yang mulia bagi mengisi saf kepemimpinan masa depan kelak.

Dewasa ini isu kemerosotan akhlak begitu hangat diperbicarakan namun usaha yang proaktif perlu diambil agar masalah akhlak tidak berterusan terbiar sehingga sukar dibendung kelak.

Apa yang amat merisaukan ia akan menjadi budaya yang tanpa segan silu dan rasa berdosa dilakukan depan mata kita sendiri.

Penulisan ini akan membincangkan bagaimana peranan agama dalam menangani isu akhlak remaja.

Pendekatan Islam tidak boleh kita lari dari berteraskan asas al-Quran dan al-Sunnah yang merupakan sumber pembangunan manusia selari dengan fitrah kejadian insan.

Pembentukan tingkah laku bermasalah sering dikaitkan dengan pengaruh keluarga, rakan sebaya, persekitaran dan personaliti remaja itu sendiri.

Berdasarkan ajaran Islam, tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu sama ada baik atau buruk adalah berpunca dari aspek rohani seseorang itu. Lebih khusus lagi ia merujuk kepada aspek pembentukan dan pendidikan hati.

Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan al-Bukhari dengan sanadnya sehingga sampai kepada Abdullah al-Nu'man Ibu Basyir r.a.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ...ingatlah sesungguhnya dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut maka eloklah seluruh jasad, sebaliknya apabila rosak daging tersebut maka rosaklah seluruh jasad. Ingatlah bahawa daging itu adalah hati.

Menurut Ibn Hajar, ketika menjelaskan huraian hadis di atas menyatakan bahawa hati itu di anggap sebagai seorang raja manakala jasad pula dianggap sebagai rakyat jelata, apabila raja yang memerintah itu adalah seorang yang baik, maka rakyat jelata turut merasai kebaikannya, namun apabila raja tersebut membuat kerosakan maka rakyat turut mengalami kerosakan.

Dalam konteks pembentukan tingkah laku remaja yang berkrisis, jelas menunjukkan setiap tingkah laku itu berpunca daripada cetusan hati yang mempunyai kaitan langsung dengan niat.

hati penentu tindakan

Baik atau buruk sesuatu tingkah laku itu berpunca dari keadaan hati seseorang itu. Dalam hubungan ini, Ibn Daqiq al-'Id turut memperakui bahawa gerakan anggota badan atau tingkah laku zahir seseorang sama ada yang baik mahupun yang buruk itu berpunca daripada keadaan hati.

Jika seseorang itu sakit fizikalnya biasanya dimakan ubat yang diberi oleh doktor, tetapi apabila hati, jiwa yang mengalami kesakitan maka kepada siapa yang perlu dirujuk?

Lantaran itu menurut Islam, hati seseorang amat perlu dididik dan disuburkan dengan ajaran wahyu. Dalam erti kata lain ia perlu dibina dan disuburkan atas landasan iman yang merupakan tuntutan akidah Islam.

Ibn Qayyim dalam perbincangan beliau tentang hati, membahagikan kepada tiga jenis iaitu hati yang tenang dan tenteram, hati yang sakit dan hati yang mati.

Hati yang tenang jelasnya merujuk kepada hati yang disuburkan dengan akidah atau iman, hati yang sakit pula adalah hati yang tekah dicemari dengan perkara-perkara dosa, sementara hati yang mati itu pula adalah hati golongan yang tidak beriman kepada Allah.

Melalui perbincangan beliau, dinyatakan bahawa hati itulah yang berperanan mencetus tingkah laku dan perasaan yang baik. Sebaliknya hati yang dicemari dengan dosa akan menimbulkan krisis dalaman dan terhasilnya tingkah laku yang tidak seimbang, manakala hati yang mati pula bukan sahaja melahirkan tingkah laku yang buruk bahkan tingkah laku tersebut mendominasi kehidupannya (Ighathan al-Luhfan).

Wednesday, June 2, 2010

Jun 2010.ayo ayo.

helo.jun.
opening jun.best okay.minggu ni tkde bnda rushing(aku buat kerja mcm biasa.tkdak rushing rushing).okay dua org mamat ni byk menghiburkan aku kt ofis. =). sepanjang kakak kesayangan terbang jauh.(diorg tkde minggu ni). so aku byk habiskan masa ngan mamat dua org ni.yg fun ;).thanks korang.hee. thanks sbb lepak makan sama.aku baru bayangkan kena mkn sesorang.thanks lepak g wedding sesama.thanks hiburkan dgn cerita cerita fun.share cerita agama.semua bnda terbaik. ;).minggu ni kira sweet moment aku ngan korang.*Tebaek dowh.he hee ;))

terapi kedua = sushi.

terapi seterusnya.. ntah.pesal tak happy ni.
hm.
*sigh.