Monday, May 31, 2010

=((.

SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan

http://www.lifeline4gaza.org

=(.

PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPAS
Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean
KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.
“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.
“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.
Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.
Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.
HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.
Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah

Friday, May 28, 2010

comel sgt!




lately.bila kerja je happy.bila busy sgt je mengelupur.bila penat je flat.bila marah je down.bila nasib tk baik je putus asa.bila happy je senyum.bila down je tak happy.

td mak tnya "bila"?. sorry ma.skrng zaman dh moden.komitmen org ramai susah nk dpt
(i agak je).
*sigh.
*nak happy balik tgk vid kt atas ni balik.alaaahai.comelnyerk.;).

Wednesday, May 26, 2010

Just Roo It.just Roo It =p



=p. hello june. ;)).

love you zakumi.=D.

Detik Permulaan
Ilham melahirkan kejohanan bola sepak pertamadunia tercetus pada 1904 di Paris ketika kongrespertama Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Pada1928, hasil usaha FIFA dan presiden persekutuanPerancis (FFFA), Jules Rimet dan setiausaha agungnya, Henri Delaunay, kongres di Amsterdam bersetuju untuk melaksanakan gagasan itu.

Setahun kemudian, FIFA mencadangkan kejohanan dunia itu dinamakan Piala Dunia pada setiap empat tahun bermula 1930 yang berselang dengan Sukan Olimpik.


oh and kalau nk jadual game. (klik kat full screen kalau nk kepuasan maksima) ;p. pndai pndai zoom kalau mau lg nmpak.okay? peace!.


jadual World Cup 2010

Tuesday, May 25, 2010

stay away.

  1. tkde mood
  2. tkde mood
  3. cpt ngamuk
  4. sensitif cepat
  5. sentap cepat
  6. penat cepat.
  7. demam.flu.batuk.
  8. nk ngamuk lg.
  9. tkde mood.
  10. tk fikir prasaan org.
  11. tp syg gf.apa jd pn.ngan gf tk ngamuk
  12. byk diam.
  13. tkde mood.
  14. cpt rindu mak.
  15. nk peluk mak
  16. ceom mak 20 kali
  17. cpt tkde mood.
  18. sensitif.
  19. sensitif
  20. tkde mood.

stay away je lah! .senang.bye.

ps : jd cam kt atas ni sbb pms.

Saturday, May 22, 2010

emphh.

Assalamualaikum. Lama nya tak type. blog pn kekadang pvt.kekadang tak.pada yg kalau puspa pvt tp nk puspa allow bak mai email. mail me at lovepuspa@gmail.com okay? :))

lately.saya terfikir. kalau dh kawen baru kita tau jodoh kita.kalau kita usaha bagai tk mau pn.kalau dia bukan utk kita. so dia bukan utk kita.hari hari doa ckp "moga dijumpakan dgn jodoh yg baik.boleh bimbing ke arah kebaikan.boleh syg keluarga sy.boleh syg sy.tp Allah selalu no 1 utk dia".

tp.seru tu tkda la =(.

hm. lately. kawan kawan ramai yg kawen mengejut.tp semua lepas love hurt. aku pn love hurt jugak.lg byk kali =(.lately ada yg btunang bulan ni.bulan 7 nk kawen. ada yg dua bulan lepas tunang minggu depan dh nk kawen (okay i pegi). congrats korang.honestly.hr tu kena jaga bengkel LA21.pstue.tgk ada satu pegawai ni ngandung.pstu dia cantik sgt.nak ngandung jugak!

:(.

nk ada suami.nk ada rumah sendiri.nak ngandung.nak ada anak.nak smayang jemaah ngan suami... yela.agak nya age 25.mmg dh mula serius pasal hidup.baru betul nak rasa HIDUP.nak belajar HIDUP.pada yang tak paham tu.tutup mata jela.abaikan.saya mmg mcm nie.okay.bye.

notes : doakan sy okay?.haih sy takut la.sy takut tk pernah ada org serius dgn sy.semoga sy dilindungi.dan kalian juga sentiasa dilindungi.Ameen.


Monday, May 17, 2010

JK.

:).thanks korang.menjumpakan diri td.best okay ;). tkde cte pasal kerje. tp ade ngadu2.thanks lah dgr.yela down. =(. down down.

kena byk muhasabah diri la.byk yg jd halfway.tktau kt mana silap.ada la yg nk kena topup sana sini.semoga Allah beri petunjuk.lately rasa scary kt diri sendiri.nak peluk mak 24 jam je pun ada. tak kuat.tk suka jd half way.tak suka. *sigh.

kita merancang tuhan menentukan.

kalau peluk mak ..pstu sudden nanges.nnt mak risau =(. so td gf ada. mcm tenang sgt.nanges dgn Allah dah selalu.paling ada semua rahsia Allah la.mmg Allah tempat terbaik kita mengadu.

thanks gf ;).sket lagi aku nk nanges.serius.tp bila aku diam.maknanya tgh control diri sendiri.aku tkde luck sgt wey.tp usaha tu penting kan.doa kan aku please korang. and smpai hari ni. aku tktau aku kena harap apa kecuali aku boleh buat family aku happy. happines untuk diri sendiri? tgh cari kebahagian tu.kalau ada Alhamdulillah.kalau tkde.redha.Allah tahu apa yang di atur.

kunfayakun.

apa pun jadi.aku bersyukur.

Sunday, May 16, 2010

________.

Assalamualaikum.

_____________________________

sekian.terima kasih.

end.

Wednesday, May 12, 2010

kalau hati terjatuh.baca doa kat bawah ni tau? safe nnt :)).

selamat menonton =D.

Ameen.

worldcup.

england.

worldcup?

gila sexy dowh player dedulu.pendek gila kot. haha :)).

jersi pn ..uwww :D. *Rare! *love!

i sokong england.

i sokong england.


eh byk la.sme i sokong.kcuali portugal.okay?:P.


nite.-end.

start tragedi time game kt atas ni.i benci portugal.okay?okay? okay?.
bye.

Tuesday, May 11, 2010

erk.

heh.tetibe ada org confes ajak kawen.

"kawen ngan aku lah.nak?"
aku diam.

tp lepas berapa minit aku jawap
"taknak la..dgn kau.kawan jela"

menolak lg?

dia pn gurau agaknya!.

*i wish.
**sbb dia kawan aku.kawan dr age 18 okay?.

i tgh doa byk byk.
dugaan byk ni.
*istigfar.

___________________________

ps : kawan2 yg kawen awal tahun ni ngan hujung tahun lepas sme tgh prgnt. congrats korangg :). raya nie.dpt duit raya la anak anak korang dr makcik makcik comel ni :)). he he.. bestnya pleaseee :)

Monday, May 10, 2010

bosan.

wigan munyet.
masuk hr ni je dh lebih 100 kali ckp

dengki!
dengki! ingt kalah cup je.
kalah semua
semua salah wigan!

chelsea suka aaa.seme club tknak man u menang. sme tlg chelsea.

stay away. i xde mood.

smalam time rooney mntk keluar padang.
:(.sedih btul.
smalam bile tgk ferguson muka tk ble bla
:( sedih betul.

bila dh menang.tp tgk muka player sme tk ble bla
:( down btul.

tk ckp ngan sesape.nnt nanges.
time rooney kua.dh nanges kot.usaha dia kumpul gol habis dlm satu mlm je.90 minit je.
liv munyet.sama je cam wigan.

okay lah.
mmg dh takdir.
okay lah.
aku terima ngan hati tenang.
heh.poyo gila kalau aku bleh ckp cmtu.

blm lg paktam munyet tgh mmemekak kt sebelah tu dr pagi td.
damn!
nasib!
boleh ah!

kalau 1 goal.man u kala cup je bleh terima beb
shitttt
ni semuaaa rekod habis.
sbb wigan munyet!
stupid!

-n.

Sunday, May 9, 2010

i love you ma :)).

taraa..! at 11am je.i dh hilang.
pegi sec 9.nkg kedai aunty kim(nk beli bunga).tp tutup =(. pstu g scrt rcp cr cake fav mama. okay ada -done!
tetibe hujannnn.hujann (kete baru basuh.tp mama pnye pasal.okay.tkpe :D.)
pstu g sacc.
skali parking susa nk masuk da!. thank God tk langgar dinding =-x. if not tktau ah!. :p.
smpai smpai je.penuhhhh org.mcm raya kt kedai bunga.
:) *aku senyum.
lama aku tunggu utk bunga tu.dekat 1 jam! :D. tp apa lah nk bekira dgn mama yg jaga aku selama 25 tahun ni.nk dibandingkan dgn 1 jam tu (aku senyum). tk rasa nk mengeluh pn :P.
dlm hati (ramai yg ingt mak.) :DD.
yg tua tua pn ramai.untung diorg mama diorg hidup lg.sama mcm aku.aku tau mama rindu mak dia (grandma aku) :(. mama anak last.for sure dia rindu mama dia.
mcm aku hari hari rindu mama *nanges. (nnt malam baca yasin utk grandma.) oh and.abah pn sama.sme muka rindu kt mak masing2.tgk diorg .ktorg pn jd rindu grandma :((.
td kasi mama bunga.card.ngan cake fav dia :). sudden sedih.mntak mntak tahun depan boleh lagi :).Ameen.moga tuhan pjg kan umur kita semua. Aku tau mama byk lg nk tgk kejayaan anak dia. nk tgk hapines anak dia.thanks ma.doakan ktorg.ktorg usaha.dn terus usaha.insya Allah.adik dh boleh fikir skrng.dh dewasa.dh mula bersedia utk hari ni dn hari esok.
dah 25 tahun mama jaga adik.adik minta maaf kalau ada salah silap =(. thanks sebab tk pernah jemu jaga. adik pernah je buat silap.tk dgr ckp.degil.tknak buat kerja rumah.tp time tu tk reti nk fikir lg.Alhamdulillah. beberapa tahun lepas tu mula sedar =(. kalau tak berubah.nnt tak sempat nk balas jasa mama.insya Allah ma. adik nk buat yg terbaik. didikan yg mama bg dh betul.terpulang kt diri sendiri nak amalkan ke tak.skrng dh faham :D.
bila fikir balik.sudden rasa happy dgn diri sndiri.sbb sy sempat belanja diorg dgn gaji pertama sy.sy sempat belikan hadiah.
ingt lagi time tnggu result spm. gaji tk seberapa .tp nk jgak kasi adiah.so belikan cawan.hahah :p.
(puspa puspa)
pstu dpt gaji lg. belanja makan :)) pstu belikan itu belikan ini ... he hee :DD.
for sure.sy tk pernah berkire untuk bunga.untuk hadiah.kalau itu untuk family :D.habiskan utk keluarga yang menjaga saya selama 25 tahun adalah benda terbaek yg sy sedang buat skrng. :).
jatuh bangun sy.gagal berjaya nya saya.semua tu sy lalui dgn diorg.dgn mama dgn abah.
thanks mama.sbb bila demam tk bekire nk peluk sy time tido :P. hihi.
i love u ma. i love u so much :)
since sy kerja. sy tkkan berkire dgn diorg.even kadang sy tau mama abah cukup dgn ciuman dn pandai jaga diri. tp sy nk jgak diorg rasa gaji sy. heeeee :D. and i know diorg happy.:))).
ya Allah. moga di ampunkan dosa mama,diberikan kebahagian.
lindungi dia.murahkan rezeki dia.dikuatkan imannya,
semoga keluarga sy sentiasa dilindungi dan diberkati Mu ya Allah.
terima kasih
*nanges.sobs sobs sobs*.
:)
9Mei2010.:D.
love u ma :)).

masa depan.

tk boleh nmpak.

tak sabar nk tgk apa jd masa depan.
tp tk boleh aaa tunggu je.usaha kena ada.tp pernah putus asa?
lepas dgr cerita org sekeliling.
lg lama hari ke depan.
lg mcm mcm cerita pasal hidup.

strong.
prcaya dgn karma.

lg ke depan hari.
lg mcm mcm dugaan org dpt saya dpt tgk.
ya Allah.
semoga diorg dilindungi.

dugaan diri sendiri.belum sebesar diorg.
tp.sape tau masa akan dtg.
berdoa byk byk.moga semua okay.

_________________________

sebenarnya.
tk saba nk ada keluarga sendiri.
heheh.
tu pasal ngarut kt atas tue.

tp mcm lmbt lg je.
semoga
semua

baik baik
saja.

Ameen.

_____________

Selamat hari ibu mama :).
uww.best nya kt dira! dia ada danyal. dia dh jd ibu :D.
selamat hari ibu dira :).

i want tooooo :P. heeeeee!.
pray hard.semoga semua okay.

Thursday, May 6, 2010

ah.

tetibe rs nk pvt blog.
lgpn
cte tk happy lg byk

malu plak kalau ramai ramai org bace.
;(.

.

makcik : "dia ni.habis exam je cal.pstu nanges.ckp.ibu doakan farah.farah takut tak lulus "

-cousin study kt itm kelantan.hahah.semangat,g smpai sana nk study!:D. awk terbaek la dik :)

part nanges tu comel.:p.

result : pointer dia 3.5 kot. gila rareee. :). doa ibu kan terbaek :D. kalau next ni pointer best lagi.dia smbung dgree terus :D. good luck. akak doakan okay :).bestnya cuti 2bulan.nak jugak please!.

____________________________________________

ps : saya tak manja lah! saya mmg bosan sket.thanks kepada penyabar yg selalu bersabar.

Tuesday, May 4, 2010

ABC.

gambar mcm nk cerita kelakar.tapi tak..
cerita pasal ABC.okay?
cerita pasal saya mula mula suka A dgn B.sy tnya k.fyn.nk A ke.nk B. time tu A lagi berani dari B.okay.sy pilih A.tp A busy.kerja.tak helo sy pn. fine.akhirnya sy hilang sabar.putus.
B usaha.jd pendengar yg baik.entah mcm mana B berani.dia confes.sy okay. tp in the end. sy ckp "putus" lah. sy tk suka ada org tgh ..again. time putus dgn B. C dtg. time dgn C , D dtg.lepas tu E,F,G.smpai bila?
hmm.. (tktau apa motif entry nie). *sigh.
kadang kadang lost.
kadang kadang okay.
Allah kan selalu menguji.
Berdoa.Usaha.
ps : baca cerita 25 kisah nabi, semua Nabi di uji bila diorg lupa Allah.apa pn keadaan.jgn lupa doa dgn Allah.Allah maha pengasih lagi maha Penyayang ;).
Okay.bye.
Assalamualaikum.

hello.kakFyn.

Friday.
6pm kot.
fyn jamal dtg dgn guitar comel.
*saya pelok.gila rindu!.

8pm.
peluk kfyn lg.kali nie.
dia cerita cinta dia.
saya dgr..

lama sikit.
sy cerita cinta saya.
dia dgr...
(okay ktorg je tau.apa cerita tue.tknak share;-x)

nasihat..
*nanges.
(dua dua nanges.agaknya dua dua tgh ckp pasal hati dari hati.kan?;(.)

sy terus cerita cerita sedih.smpai hbs..smpai tkde sudah nye..mcm tk blh nk ckp.sudden air mata dua dua dh mula nk jatuh lagi ;((.

kfyn pn.yg akhirnya cerita dia bahagia. kak fyn dh kawen beberapa tahun.
age sayaa okay.kfyn kawen age 25:). tahniah kak.dh dpt apa di cari:D.
*happines.byk dugaan mana pn.akak ttp dpt happines akak.:D.akak ada tri :)).

kfyn perform.
hbs perform.

"dik.akak kena balik.dulu kita jmpa kat laman budaya.hari ni kita jmpa kt sini lagi"(lepas dua tahun.please?)

*pelok.
*nanges.
"dik semoga jmpa jodoh yg di cari.yg baik baik.jaga diri"
*nanges.
puspa : kakak.thanks. thanks nasehat.jaga diri.semoga semua selamat.
*nanges...;(.

nnt puspa g kdai akak ;D.saye tkde kakak! diskusi ngan awk.mmg tebaek.:D.

fynJamal

;)