Thursday, January 1, 2009

Berdoalah kebahagian masih ada untukmereka =(



Genting Gaza terus dibedil hari kelima
GENTING GAZA 31 Dis. – Bedilan Israel ke atas Gaza masuk hari kelima hari ini dengan lebih 35 serangan dilancarkan sejak malam tadi yang disasarkan ke atas pejabat kerajaan Hamas, fasiliti simpanan senjata dan terowong rahsia.

Serangan hari kelima hari ini telah menyebabkan 16 lagi penduduk Palestin terkorban dan 210 yang lain cedera.

Menurut pasukan perubatan di Gaza, jumlah penduduk Palestin yang terkorban sejak Israel mula melancarkan serangan pada Sabtu lalu telah meningkat kepada 390 orang termasuk 24 kanak-kanak, manakala 1,900 yang lain cedera.

Angka yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan sekurang-kurangnya 25 peratus daripada mangsa yang terbunuh adalah orang awam .

Pejabat Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dan terowong-terowong rahsia dekat sempadan Gaza-Mesir turut menjadi sasaran tentera Israel, hari ini.

Namun, itu tidak menyekat Hamas bertindak balas melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.

Sejak awal pagi ini, Hamas telah melancarkan lebih 20 roket ke wilayah Israel.

Sejak malam tadi, pejuang Hamas mensasarkan serangan roket ke arah bandar Beersheva di wilayah Israel terletak 40 kilometer dari sempadan Gaza, iaitu tembakan roket paling jauh setakat ini.

“Kami ingin mengkhabarkan kepada pemimpin musuh bahawa sekiranya kamu meneruskan serangan, roket kami akan disasarkan lebih jauh daripada sebelum ini,” kata jurucakap Briged Ezz elDeen al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, semalam.

-------------------------------------------------------------------------------------

JERUSALEM: Seorang penduduk Israel maut selepas militan Palestin melancarkan serangan roket ke atas penempatan di selatan bandar Ashkelon hari ini. Serangan itu juga menyebabkan tujuh lagi penduduk cedera, lapor pasukan perubatan. Sejak serangan Palestin Sabtu lalu, dua penduduk Israel dilaporkan terbunuh manakala serangan balas Israel menyaksikan lebih 310 penduduk Palestin di Tebing Gaza terkorban.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Masjid Gaza dibom tentera udara Israel

GAZA: Israel mendakwa tentera udaranya berjaya mengebom sebuah masjid di Bandar Gaza semalam selepas kononnya dikenal pasti dijadikan sarang aktiviti pengganas. Pasukan perubatan Palestin berkata, dua rakyat tempatan terbunuh dalam serangan udara itu, sebahagian siri serangan udara oleh Israel ke atas Gaza yang mengorbankan 227 penduduk Palestin dalam tempoh 12 jam semalam. Jurujucakap tentera Israel pula berkata, Israel sebenarnya mengelak daripada menyerang institusi keagamaan tetapi "sesiapa yang menyerang Israel tidak akan menemui sebarang pengganas di dalam kemudahan awamnya."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kanak-kanak korban serangan terbaru Israel di Gaza

GAZA: Pesawat pejuang Israel yang menggugurkan bom di kawasan Hamas di Tebing Gaza untuk hari ketiga berturut-turut hari ini, menyebabkan beberapa kanak-kanak menjadi korban. Pada masa sama, kereta kebal Israel kini bersiap sedia untuk melancarkan operasi darat dengan dilihat memehuni sempadan Palestin, sejak tengah malam tadi. Di New York, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon terus mendesak agar keganasan itu dihentikan dan mahu Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah Hamas yang dikuasainya.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Israel terus serang Gaza: 10 penduduk Palestin maut

GAZA: Pesawat pejuang Israel terus melancarkan serangan ke atas Tebing Gaza awal subuh tadi, dengan sekurang-kurangnya 10 warga Palestin dilaporkan maut dan 10 cedera. Pengarah Bantuan Kecemasan Gaza, Moawiya Abu Hassanein memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 10 serangan udara dilancarkan angkatan udara Israel dengan kebanyakannya di Bandaraya Gaza dengan sasaran kawasan Hamas termasuk bangunan keselamatan dan kementerian. Pihak tentera Israel turut mengesahkan serangan baru yang masuk hari keempat itu hanya menyerang kawasan 'sasaran Hamas'.
------------------------------------------------------------------------------------------------

*Berita-berita di atas. menceritakan tentang kekejaman yg sedang dihadapi Palestin. anak-anak kecil itu. ibu bapa anak anak kecil itu. mereka punya cita². tp mesti mereka mula lupakan cita² itu apabila santapan hari² mereka adelah serangan² roket yg kejam.
Dengan rasa tanggujawab. marilah kita berdoa utk warga Palestin. moga mereka dilindungi.

- Tadi tgk berita di tv3. ada ditunjukkan situasi.si kecil cedera sedang terlantar di hospital. tp hospital pule di serang. Sedihnya.kanak² yang terlantar.telinga ditemani bunyi dentuman.

-Sy rasa mata spt telah dimasuki habuk. kalian. berdoalah untuk keamanan . dn semoga mereka dilindungi dan masih ada sinar utk mereka. tahun 2009 sudah mula kan hari nya hari ini. Aman dan bahagia kan mereka Ya Allah.
***sedekahkan al-Fatihah dari kita untuk mereka yang telah terkorban.

No comments: