Sunday, July 10, 2011

=D.



Bismillahirrahmanirrahim ..

;).

woho.now dh start ngaji bsama abah.and habis kan al Baqarah yg super pjg bila kena berusaha utk bc dgn tajwid yg betul.thank you abah.kalau baca sorang2 mmg nk laju je.bila ada tok guru (abah) mmg kena kaw kaw pnya.hahah. *Super like. =D.

lepas ngaji.
smbhyng jemaah. time ceom tgn abah ..
i rasa like wey bila i can kiss suami punya tgn.
lepas tu bila boleh dgr suara suami baca al fatihah time jadi imam for me.
lepas tu bila boleh dgr suara suami bc doa dan sy aminkan doa dia tu.
weh ..mst nanges.suami wey suami .. 26 tahun and stil i dunno when. tp Allah maha mengetahui. jodoh rahsia Allah.insyaAllah. <3. saja nk share angan2. insyaAllah. mana tau. ckp selalu.nnt jd kenyataan.Ameen. :D.



__________________________________________________.






Doa dan Jodoh. =)



1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89) Yang bermaksud:



“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”



(QS. Abiya/ 21: 89)






Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:



“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.” ___________________________________________






2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :



“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”

Ertinya:

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeki kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”
__________________________________________________.






;)).

No comments: