Monday, February 7, 2011

Pe-rubahan.

Melakukan perubahan tidaklah semudah yang kita bayangkan atau harapkan. Sememangnya fitrah jiwa kita lebih cenderung kepada sesuatu yang mudah dan segera.

Ya, perubahan itu mudah untuk perkara-perkara kecil, yang kurang signifikan dalam hidup kita. Tentu mudah untuk ubah fesyen rambut, pakaian atau mungkin cara bercakap dan berjalan. Namun bagi perkara-perkara besar yang akan menentukan corak hidup dan masa depan kita, perubahan itu akan terasa berat dan sukar.

Kalau kita orang yang bekerja, tentu tidak terlalu sukar untuk tukar kereta. Setiap hari kita disogokkan dengan skim pinjaman hinggakan dalam hal yang tidak memerlukan pinjamanpun kita masih meminjam. Namun untuk mengubah cara pemanduan; kalau dulu kita cuai dan tergesa-gesa, cepat melenting dengan karenah pemandu lain atau tension setiapkali kesesakan lalu lintas dan sebagainya maka kita akan dapati PERUBAHAN itu tidak semudah yang kita impikan.

Perubahan bermula dari dalam diri

Perubahan itu sebenarnya bermula dari dalam diri kita sendiri. Orang lain boleh menasihati, beri pandangan, kongsi ilmu atau mungkin cuba beri motivasi dan sebagainya namun penerimaannya bergantung pada diri kita sendiri. Disinilah letaknya keunikan pintu hati. Pintu hati kita seperti pintu hotel, tombolnya didalam. Orang lain sekadar boleh mengetuknya sahaja tetapi pintunya perlu dibuka dari dalam.

Kita sendiri perlu sedar kepentingan untuk melakukan perubahan dan kita sendiri juga yang perlu merancang untuk terus berubah. Jika kita sendiri yang ingin berubah maka perubahan itu akan lebih mudah walaupun banyak halangan yang merintangi perjalanan kita. Namun jika keinginan untuk berubah itu datang dari orang lain maka kita punyai beribu alasan untuk menangguh perubahan.


Angin perubahan

Angin perubahan itu tidak selalu menyapa, namun setiapkali kita terdorong atau timbul keinginan untuk berubah maka kita perlu sambutnya dengan sepenuh hati kita. Jika kedatangannya tidak dimanfaatkan kita terpaksa menunggu sesuatu yang tidak pasti. Setiapkali kita terasa ingin berubah maka lakukanlah sesuatu walau sedikit. Jangan biarkan percikan itu terpadam tanpa meninggalkan bara.

Bergantunglah pada Allah

Jangan kita sandarkan harapan kita kepada sesiapa saja selain Allah. Jika ada yang ingin menolong, ucapkan Alhamdulillah namun jangan kita terlalu berharap hingga perubahan kita terhenti jika pertolongan itu terhenti. Bergantunglah hanya pada Allah SWT. Berdoalah agar kita akan sentiasa teguh melangkah menuju redhaNya.
sumber : langitIlahi.com.
________________________
Subhanallah.tiba tiba sy tersedar.sy pn byk nk belajar.jd siapa sy nak tegur org.siapa sy nk berharap apa -apa. siapa sy nk suruh org berhenti merokok.siapa sy nk berharap lebih. siapa sy.
Allah maha mengetahui. Subhanallah.terima kasih beri saya kesedaran.
insyaAllah.
sy berhenti mengeluh.berharap.
insyaAllah.
sy tk berhenti berdoa.
insyaAllah.

No comments: