Keindahan berdepan dengan cabaran adalah satu perkara yang tidak wajar dilepaskan. Mengapa disebut keindahan walhal cabaran bukanlah sesuatu yang indah bila dikenang. Tetapi ianya mempunyai value untuk dikenang dan dihargai sebagai satu pemangkin menuju kejayaan. Setiap keadaan yang membuatkan kita rasa tersepit pasti tersembunyi hikmah Allah di dalamnya.
Tak ada sesuatu pun cabaran yang ingin kita jadikan sebagai tempo kemusnahan. Cabaran yang dilalui menuntut erti kesabaran, pergorbanan maupun kesakitan. Hanya mereka yang mampu menghargai dan mengharungi erti cabaran sebenarnya sahaja mampu mengenal erti keindahan.
Baca sahajalah Sirah Rasulullah saw Muhammad bin Abdullah. Rasulullah saw mengambil masa yang lama berdepan dengan cabaran demi cabaran akhirnya, keindahan menjelma dan islam di puncak kejayaan. Baca sahajalah kisah baginda saw dengan pembesar Quraisy, penduduk Taif dan golongan Yahudi di Madinah. Begitu besarnya cabaran dan dugaan yang dihadapi namun Allah telah menjanjikan kemenangan buat golongan yang bersabar dan ridha di atas dugaan dan cabaran itu.
Juga bacalah kisah sang Penakluk seperti Gengis Khan, Iskandar Zulkarnain, Raja Asoka ataupun jelajah samudera oleh Laksamana Cheng Ho (Zheng He). Ataupun kisah Tariq bin Ziyad yang mengepalai 5000 orang tentera islam menyeberangi Laut Mediterranean untuk membantu rakyat Andalusia daripada kekejaman Raja Rodrick. Bukahkah mereka semuanya mencari keindahan di sebalik cabaran dan dugaan. Semua kesakitan dan keperitan kini dikenang sebagai kisah yang penuh dengan keindahan oleh generasi berikutnya.
Mari kita lihat keindahan gunung yang tinggi mengawan. Keindahan itu sememangnya tidak menyembunyikan cabaran dan dugaan. Samaada anda orang pertama yang mendakinya, ataupun cuma mengira denai yang disediakan,setiap puncak tinggi itu tidak pernah mengenal erti belas kasihan kepada sesiapa sahaja. Bezanya, jika anda orang pertama yang berjaya mencipta jalan pendakiannya, sudah pasti anda akan dikenang dalam lipatan sejarah. Sekali lagi, keindahan dirasai selepas mengharungi cabaran dan dugaan.

Jangan takut untuk berdepan dengan cabaran dan halangan serta dugaan kerana kita tidak tahu setiap nilai yang akan diperolehi sebaik sahaja jita berjaya mengharungi setiap situasi itu. Berusaha untuk terus berdepan dengan setiap situasi ini.
Jika anda gagal mengharunginya, berundurlah dan cipta peluang yang lain di waktu ketika yang lain. Tidak perlu memaksa diri. Gagal pada setiap percubaan tidak bererti datangnya hari kiamat ataupun hukuman dari Tuhan. Bila keadaan ini berlaku, cuma ada 3 pilihan sahaja yang boleh diambil

- Menyerah kalah pada keadaan. Ia bermaksud, anda totally kalah,
- Berkompromi dengan keadaan dan situasi. Anda menunggu masa yang sesuai untuk bertindak dengan perancangan yang baru, sementara rancangan yang lama masih lagi berlangsung. Keadaan ini akan membawa anda dalam situasi seri atau separuh menang.
- Mengundurkan diri daripada setiap situasi tersebut. Contohnya, anda berdepan dengan masalah di tempat kerja yang kronik, lalu anda mengambil keputusan untuk berhenti dan berkerja di tempat lain. Ini adalah situasi tidak menang tetapi bukannya kalah sepenuhnya. Selagi anda belum mengalami kekalahan, anda masih lagi mempunyai peluang untuk mencari kejayaan.
Bila tiba di sini, fikirlah akan keindahan pada erti kegagalan itu. Berfikiran positif, mengaktifkan pegangan Law Of Attraction adalah perkara awal yang perlu dilakukan dengan segera. Hapuskan setiap ketakutan bila anda mula dikuasai dengan kegagalan. Ingatlah, setiap dugaan, halangan dan cabaran tersembunyi akan keindahan.
Ingatlah di waktu Allah menggantikan panas yang terik dengan hujan lebat, tiada insan yang akan bergembira dengan keadaan ini melainkan mereka yang sedia maklum akan situasi ini. Mereka tahu apabila hujan hampir berhenti,akan muncul pelangi yang indah menghiburkan hati yang gundah.
Carilah keindahan yang tersimpan rapi di sebalik dugaan, halangan dan cubaan seperti mana dalamnya lautan tetapi tersimpan khazanah yang sukar diterokai namun hanya segelintir sahaja yang berjaya sampai di dasarnya.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang berjaya mengharungi cabaran, halangan dan dugaan. Seterusnya memenangi keindahan yang tersembunyi di dalamnya dengan izin Allah. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment