Tuesday, December 14, 2010

zikrul maut.




“Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali” [2:156]


“Inna lillahi wainna ilaihi raaji’uun..”

Bacaan surah Yasin di bacakan, dengan getar yang adakalanya sehingga terpaksa dihentikan bacaan di beberapa ayat.. Sungguh, ini bukan mudah ditelan. Bukan mudah diterima. Tapi perlu. Redha. Ini ketentuan Dia, yang sebaik-baik Perancang dan Maha Tahu segala baik buruk halnya.

Allahu Rabbi..

Sungguh, mati itu pasti dirasa semua,



“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..” [3: 185]


Dan sungguh, mati itu tidak kira usia, asal sampai waktu yang ditetapkan-Nya,


“Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya). “

Al-Fatihah buat yang telah kembali.

Entah bila giliran kita yang masih hidup ni. Yang masih diberi pinjam jasad ini. Entah esok, entah lusa. Wallahu’alam, memang Dia yang Maha Tahu.


ZIKRUL MAUT


Ingat mati………..

Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis diriwayatkan Ibnu Abi Dunya dari Ibnu Umar bermaksud: ”Kematian itu apabila dikenangkan, seseorang itu lebih banyak menangis daripada ketawa.“

Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?” Jawab mereka: “Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.” Sabda baginda lagi: “Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.” [Riwayat Muslim]

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: “Bahawa manusia itu tidur lena.Apabila kematian tiba barulah dia terjaga daripada tidurnya.“

Banyak lagi kisah-kisah dan pesan-pesan Rasulullah SAW dan para sahabat tentang mati ni.. Tinggal lagi kita, untuk sama ada menghayati dan mengingatinya.

Ingat mati, kerana sungguh, orang yang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Wallahu’alam.

——————————————————————————————–

Takziah kepada keluarga yang terlibat. Semoga kalian redha dan tabah dengan pemergian insan-insan ini. Sungguh, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk mereka. Dan sungguh, buat setiap mereka itu telah ditentukan ‘tempoh’nya..


ps : smalam lalu unisel. and sumpah, i rindu you adhwa.


;-s. mkn kedai ibu.tenis.blakon.lepak kt gelas besar.bbq.kita pegi melawati wit geng.tomyam sefud. you slalu habiskan makanan i. u tlg kitorg bila ktorg susah. omg tonite i rindu you sgt. and i know. bila rindu you. i kena bc yasin.and al fatihah. for you.insyaAllah ;).

(sumpah i rs u ada dkat dgn i . air mata i jatuh2 nie.i doakan u slalu adhwa.thanks kasi i prasaan dat you dkat dgn i today.)

dear w.mohd adhwa marwan,

*You will always be remembered, you will never be forgotten and memory lives forever

Al fatihah.


No comments: