SEBAGAI manusia biasa, sifat marah memang ada dalam hati dan jiwa seseorang. Bagaimanapun, sifat marah ini boleh dikawal, agar ia tidak berleluasa daripada menyelubungi perasaan dan tindakan kita. Dalam bulan Ramadan setiap Muslim mesti mengawal sifat marah yang boleh membatalkan puasa.
Pakar psikologi menyatakan sifat marah ini biasanya berpunca daripada sesuatu sebab atau kesan yang menyebabkan seseorang itu melahirkannya dalam bentuk tindakan dan berasa tidak selesa apabila tidak berbuat demikian.
Menurut ahli sufi, marah disebabkan kepenuhan darah hati dan mahu membalas dendam terhadap seseorang. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa adalah pelindung daripada neraka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya katakanlah: “Sesungguhnya aku berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah pernah menasihatkan Mu’awiyah: “Wahai Mu’awiyah, jauhi sifat marah, kerana marah itu dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis.”
Marah berasal daripada syaitan, kerana syaitan dijadikan daripada api dan bahawa api itu hanya dapat dibunuh dengan air. Oleh sebab itu Nabi menasihatkan agar orang yang sedang marah itu mengambil wuduk.
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman bermaksud: “Wahai anak Adam, sebutlah nama-Ku apabila engkau marah, agar Aku ingat pula akan engkau, dengan demikian apabila Aku marah tidaklah Aku menurunkan malapetaka atasmu.”
Itulah sebabnya salah satu amal yang terbaik itu ialah menahan diri ketika marah dan sabar sewaktu hawa nafsu meluap-luap. Dapat dinilai orang yang baik harus nampak kebaikannya ketika dia marah bukan pada waktu bergembira.
Perasaan takut kepada Allah dapat menghilangkan marah, kerana marah datang ketika seseorang melupakan Tuhannya. Hanya Allah berhak marah terhadap hamba-Nya yang ingkar dan melakukan maksiat.

Kemarahan dapat menghancurkan segala kebaikan yang ada. Oleh itu, sebagai hamba kita patut mengawal kemarahan supaya tidak menjadi malapetaka.
Sebagai bapa atau ibu, sifat marah anak patut dikawal sebaiknya agar anak tidak menjadi mangsa kemarahan tanpa sebab dan si anak tidak akan menyimpan dendam terhadap kemarahan ibu bapa mereka.
Islam mengajar umatnya mengambil berat perihal hubungan murni antara anak dengan ibu bapa. Ia sebagai teras penting dalam kehidupan rumah tangga.
Sementara anak wajib menghormati ibu bapa selagi mereka tidak menyuruh kepada perkara yang dilarang Allah. Ia adalah penghormatan terhadap insan yang melahirkan dan mendidik mereka.
Seseorang anak mesti menjaga lidahnya supaya tidak memarahi ibu bapa, apatah lagi apabila kedua-duanya sudah tua dan uzur. Allah menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud: “Jika salah seorang daripada keduanya (ibu bapa), atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah!’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun).” (Surah Al-Isra: 23)
Di pihak ibu bapa pula, sikap sayang menyayangi antara anak dan ibu bapa perlu diwujudkan dalam rumah tangga. Hindari sifat marah tanpa sebab kerana ia boleh menjadi punca merenggangkan kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
Keluarga bahagia memang menjadi idaman setiap insan. Namun, sepanjang hidup sebumbung, ada ketikanya suami marah terhadap isteri, terhadap anak, hal kewangan, makanan dan bermacam-macam lagi hal ehwal rumah tangga. Begitu juga sikap sesetengah ibu yang suka berleter, misalnya kerana rumah tidak berkemas atau sampah bertaburan di luar rumah, pinggan mangkuk dan kain baju tidak dibasuh. Apa pun puncanya, sifat marah keterlaluan boleh mengeruhkan suasana hingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara suami isteri, ibu bapa dan anak. Hubungan boleh menjadi renggang, boleh menimbulkan penderaan terhadap anak ataupun lebih buruk lagi perceraian suami isteri.
Sifat marah juga boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati rasional dan fikiran tenang.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Berlaku kerosakan di daratan dan lautan (akibat) daripada perbuatan tangan manusia, supaya kami rasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka itu, semoga mereka akan kembali.” (Surah ar-Rum: 41)
Dalam hal ini, kita harus mengambil sikap toleransi dan persefahaman sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain marah.
Sifat marah yang tidak dapat dikawal boleh mengakibatkan kerosakan. Marah memang sifat semula jadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh yang bukan-bukan, diperalatkan, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.
Jika kita berhadapan dengan orang yang sedang marah, cuba hadapi dengan langkah berikut:
# Beri peluang orang yang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
# Ketika berhadapan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendah-rendahkan dirinya.
# Kaji punca kemarahan dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, minta maaf daripadanya.
# Cuba bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya.
# Terima kemarahannya dengan tenang.
Kesimpulannya, hindari sifat marah yang timbul daripada hati yang dirasuk syaitan. Damaikan setiap perkelahian antara dua pihak yang berlaku. Sifat marah yang meluap-luap bukan sahaja boleh menyebabkan pergaduhan malah perkelahian yang boleh menyebabkan permusuhan antara dua pihak.

No comments:
Post a Comment