Kita mula berfikir, mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk diuruskan dan mungkin terlepas pandang dan permintaan kita yang tak kunjung makbulnya..
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah..
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari dipinta..
PERCAYALAH
pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang diminta pada masa yang sesuai..
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu..
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruslah berdoa tanpa ragu dan mengeluh..
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok..
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya..
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku..
Ingatlah, Allah sayang kita kerana kita pejuang agamaNya. =)
2 comments:
Thanks a lot for sharing this.. :)
=).most welcome.
Post a Comment