Friday, January 2, 2015
2013-2014
Helo! 2013 - 2014 busy jaga Aisyah.. super bz..
berjaya full breastfeeding aisyah until now.. 1 year 1 months..pray// semoga berjaya smp 2 years..
Bangun pagi hantar aisyah.. lunch hour..balik jumpa aisyah.. and kasi susu kt aisyah
5.30pm balik and pump susu utk aisyah lg..
Malam breastfeed aisyah..
rutin 1 tahun 1 bulan..
dan saya happy.
Thank you.
Thank you Allah.
Hope diberikan semangat ni smp bebila
kepada ibu2 tak rugi bf anak sebabbbb.. selama setahun ni..baru hujung tahun 2014 aisyah domam+batuk+selsema seminggu. sblm tu dia sihat. Aisyah bukan firaun tak pernah sakit kan? tp Allah kurangkan setelah sekian lama bru sakit sikit.mungkin utk build antibodi nak lawan virus.and now aisyah dh sihat.. sapa taknak anak tak sakit..bfeed la anak korang! serius Allah kasi ganjaran terbaik.. :)
happy newyear korang! bye 2014 ..
and saya benci orang panas baran!
Thursday, May 16, 2013
#Rejab
| 1. Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara’
2. Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3. Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas-puasnya.
Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
MAKNA / HURAIAN KALIMAH “ REJAB “
Rahmat :
Diantara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan ditambahkan amalan-amalan seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhunya yang tertentu dan banyak berzikir, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, beristighfar, mohon keampunan dan taubat dosa-dosanya yang lalu dan pada malamnya berjaga malam atau bangun tengah malam sembahyang sunat tahjud, sembahyang sunat tasbih, berzikir, beristighfar, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, berdoa dan sebagainya. Pad bulan rejab inilah dilipat gandakan pahalanya, dilipat ganda keampunan dosa-dosanya dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari allah, diangkat darjat keimanan oleh allah didunia, dan diangkat darjat yang tinggi didalam syurga di akhirat. Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba-lumba memperbanyakan amalan ibadat dalam hidupnya sungguh satu rahmat Allah yang terbesar yang dianugerahkan kepada hambaNya denagn mendapat keredhaanNya yang besar dan rugilah orang-orang yang ketinggalan rahmat yang melepaskan kita daripada azab neraka dan mendapatkan kita ke dalam syurga.
Judu (Pemurah) :
Begitu sekali pemurahNya dan baikNya allha kepada hambaNya yang beriman dan beralam soleh kepadaNya dengan balasan pahalaNya yang begitu banyak sekali, dan diangkat darjatnya yang tinggi didalam syurgadengan mudahnya diberi keampunan dan taubat yang begitu bangyaknya pula. Sesungguhnya pemurahNya dan baikNya allah terhadap hambaNya pada bulan yang mulia ini.
Berkebajikan :
Sungguh bulan Rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hambaNya. Bulan yang diperintah banuak berbuat amal kebajikan padanya, bulan yang digalakkan berbuat amal ibadat, sembahyang fardhu dan sembahyang-sembahyang sunat, bulan diperbanyakkan beristighfar memohon keampunan dan taubat ke hadrat allah, berzikir, bertasbih, berselawat, berdoa bersedekah, dan segala rupa kebaikkan dan kebajikan yang diperintah Allah dan rasulNya. Bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas (banyaknya amal-amal kebajikan, dan banyak serta besar palu anugerah balasannya yang tidak terhingga). Banyak pemberian allah dan banyak pula hambaNya lumba-lumba memenuhi amalnya – banyak Allah memberi kebajikan dan banyak pula banyak pula hambaNya berbuat kebajikan. Bertambah dekat hambaNya dengan Tuhannya dan bertambah dekat pula Tuhannya dengan hambaNya. Betapa besar keredhaan allah terhadap hambaNya dan betapa besar pula keredhaan hambaNya terhadap Allah.
BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2, 36 dan 37)
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidil Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama “Nabi bersabda” Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu”semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam “Maka tanya Rasulullah SAW” Kenapa kamu seksa diri kamu? Lalu sabdaNya” Berpuasalah pada bulan sabar yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan “Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi.” Tambahlah lagi “Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram ) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak 3 kali sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan”
(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
Antara Hadis yang menjelaskan kelebihan Bulan Rejab
1. Sabda Nabi S.A.W: hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul -Qadarnya.
4. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi ( Firdaus) . Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka ( panjangnya setahun perjalanan).
6. Malam awal Rejab mustajab doanya ( adalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi).
7. Puasa empat hari pada bulan Rejab diafi’atkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat.
8. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya.
9. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.
10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka lapan pintu syurga.
11. Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru: tidak ditolak dia masuk ke syurga.
12. Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab Allah jadikan bagi hamparan perhentian di titi sirotolmustaqim pada tiap-tiap batu.
13. Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa sembilan belas hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai di hadapan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
15. Puasa dua puluh hari pada bulanRejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
16. Berkata Saidina Ali:
17. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala qalam.
18. puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.
19. puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari kiamat.
20. puasa sahari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya
Berseru dari langit :
Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar : dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas dari azab kubur (Al-Hadis) – (berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya).
21. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), dimapunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya :
22. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
23. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
24. Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
25. Tiap hari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan rejab seperti ibadat seribu haji dan umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulun Rejab, bulan Allah.
26. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allh daripada api neraka, kerana kenuliaan bulan Rejab.
27. Allah jadikan dibelakang bukit Jabar Qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!
28. Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
29. Sesiapa berpuasa pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya : ” Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tiada aku tolakan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah ArasyKu, engkau kekasihKu dari segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau”. ( Dari Kitab RaudhatulIfkar).
30. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun. Kerana kebesaran hari Israk Mikraj.
31. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kepicikan oang mukmin pada bulan rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar didalam Syurga Firdaus.
32. Siap berbuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga) seperti dia berpuasa 3000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasad, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di mizan, 70 hajat ketika berlalu di titi Siratol mustaqim.
33. Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana keagungan, kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dab beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan sengan (bulan Allah).
Rejab bulan menabur benih
Syaaban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai
Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan hatinya.
Ramadhan menyucikan rohnya
Rejab bulan maghfirah ( keampunan)
Syaaban bulan Syafaat.
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab bulan taubat
Syaaban bulan Muhibbah
Ramadhan dilimpahi amalan seperti hujan mencurah banyakknya.
Rejab diganda 70 pahala
Syaaban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala atau lebih
|
Friday, July 27, 2012
Tuesday, July 3, 2012
Saturday, June 16, 2012
Saturday, June 2, 2012
Friday, May 18, 2012
=)
Wednesday, May 2, 2012
Tuesday, April 3, 2012
Friday, March 23, 2012
Thursday, March 22, 2012
Thursday, February 23, 2012
Pernikahan atau Perkahwinan
Bismillah..
Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh-solehah..
Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah..
;)
Monday, January 30, 2012
xD

Wednesday, January 25, 2012
Monday, January 23, 2012
Putus asa dan Pasrah
Bismillahirrahmannirrahim..
Kadangkala kita sering tersalah faham dalam membezakan antara putus asa dan pasrah. Ini kerana implementasinya hampir sama yang bermaksud berhenti atau menyerahkan apa saja yang bakal terjadi pada suratan takdir. Disini terdapat perbezaan situasi antara pasrah dan putus asa.
Contohnya, doktor ingin melakukan pembedahan kepada seorang mengidap kanser yang kritikal, namun ahli keluarganya menolak. Mereka menolak bukan kerana kesempitan wang , tetapi mereka sudah pasrah pada ketentuan Ilahi. Akhirnya pesakit itu meninggal.
Pada situasi lain pula, seorang doktor berunding dengan seorang pemuda yang ayahnya diserang strok, meskipun keadaan ayahnya sudah kritikal, namun si anak tetap berusaha mengubati ayahnya walau berapa sahaja kosnya, sembuh atau tidak dia pasrah pada Ilahi. Seperti yang pertama, Pesakit ini juga meninggal.
Dari dua situasi diatas, soal kesembuhan keluarga ini sudah pasrah kepada Allah SWT, dan akhirnya mereka kehilangan orang tersayang untuk selamanya.
Tetapi ada perbezaan diantara dua situasi diatas. Bezanya terletak pada usaha yang maksimum. Ikhtiar yang bersungguh – sungguh sebagai memenuhi sunah kauniyah yang digariskan olehNYA. Oleh itu usahalah yang akan menjadi penentu, mana yang layak disebut pasrah dan yang mana yang disebut putus asa.
Sebelum ikhtiar yang maksimum, semestinya kita menutup serapat – rapatnya kata pasrah.
Mari kita renungkan firmanNYA:
”Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya (Surah Al-Kahfi,ayat 110)
Barang siapa yang ingin tercapai hasrat yang mulia, maka beramallah, bergeraklah dan melangkahlah. Kesalahfahaman dalam membezakan dan menentukan kedua – duanya akan membuat seseorang itu menyerah kemudian menamakannya sebagai pasrah. Sebenarnya dia masih mampu berlari tetapi memilih berhenti, masih mampu berenang ke tepi tetapi berdiam diri akhirnya tenggelam.
Padahal hidup adalah perjuangan, kerana senario hidup adalah ujian bagi manusia.
Sebagaimana firmanNYA :”Dia lah yang telah mentakdirkan mati dan hidup(kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu;siapakah diantara kamu yang terbaik amalannya,dan ia maha kuasa(membalas amal kamu),lagi maha pengampun (Surah Al-Mulk ayat 2).
Bukankah sesudah mendaki kita akan menurun? Bukankah dengan airmata juga tercapai sukacita?
Cita-citalah yang membangkitkan semangat orang yang mendaki, kerana disebalik pendakian akan ada penurunan, menjadikan perjalanan lebih mudah. Kalau tidak kerana cita-cita hilanglah nafsu bekerja, berhenti gerak dunia, padam pelita orang-orang bijak bistari.
Cita – cita adalah pokok pangkal kemajuan, kerana makhluk yang bernama manusia sahaja yang layak mendapat kemajuan, makhluk lain tidak.
Cita-citalah yang menghilangkan rasa sakit, melupakan kepedihan dan kesulitan. Sebab cita – cita itu sendiri adalah ‘dynamo’ hidup. Jangan diabaikan cita-cita yang tumbuh, pupuklah ia. Para petani yang tekun disawah, dibawah cahaya matahari sehingga hitam kulitnya, semua adalah lantaran cita-cita. Cita-citalah tiang kemajuan, tonggak gerak bumi dan menimbulkan nafsu bergerak.
Kita bergerak kerana ‘percikan-percikan’ api pengharapan yang membakar niat dan tekad. Semakin besar kecintaan kita pada harapan dan cita-cita semakin besar pula percikan api dan tenaga yang dihasilkan. Bertambah kuat pula keberanian,tekad dan semangat menghadapi segala risiko dan tentangan. Semakin gigih pula otak kita bekerja mencari cara, berinovasi dan mengatur strategi agar berjaya mendapatkannya.
Dapatlah kita gantungkan azam atau himmah yang tinggi. Himmah yang tinggi berbeza dengan angan-angan yang tinggi, kerana angan-angan yang tinggi hanya menyebabkan seseorang pemuda mengelamun, dia tidur di siang hari pada waktu orang lain bekerja keras, dan berangan – angan hendak membeli kereta mewah dan sebagainya. Akhirnya kerana terlampau berangan – angan tinggi tanpa kerja keras akhirnya pemuda itu jatuh.
Cita-cita membawa kebesaran dan kemuliaan sedangkan angan-angan merosak dan membawa kepada kejurang kehinaan.
Oleh itu tetaplah berharap, kerana seorang muslim tidak akan pernah berhenti mengharap. Dalam setiap amal ibadahnya, dia selalu mengharapkan kasih sayang dan rahmat Tuhannya.Dalam setiap gerak kehidupannya, dia selalu menanamkan tujuan dan cita-cita untuk kebaikannya dan kehidupan. Dan jika harapan pernah terputus, maka sambunglah kembali.
Kadangkala, lantaran putus asa yang mendalam, sesetengah orang jemu dengan kehidupan, bak pepatah “hidup segan mati tak mahu”. Seorang mukmin tidak akan mudah berputus asa, walaupun pintu disekelilingnya seakan – akan tertutup.
Rasulullah SAW bersabda:
”Janganlah salah seorang dari kamu meminta mati kerana kesulitan hidup yang menimpanya.Jika perlu ucapkanlah doa seperti berikut ‘Ya Allah panjangkanlah umurku sekiranya hidup ini lebih baik bagiku,dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik bagiku”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Marilah membangunkan harapan dengan tauladan seperti Sayyidah Hajar yang tetap berlari mencari air, meskipun dalam pandangan hanya ada fatamorgana dan
Dengan memperbaiki amalan dan usaha serta diiringi doa, bererti kita telah mencuba kearah kebaikan agar tercapai harapan dan cita-cita. Harapan umpama aliran darah yang terus mengalir sepanjang Hayat kita. Janganlah kita berputus asa dari Rahmat Allah SWT…
Subhannallah Walhamdulillah waLailahailallah Allahuakbar.
sumber : akuislam.com


