Monday, January 30, 2012

xD



Janganlah berputus asa dari rahmat Allah swt. Tadahkanlah kedua tangan dan berdoalah kepada Allah swt :-

“Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirehat untukku dari segala keburukan.” (HR Muslim 4897)

Wednesday, January 25, 2012

Monday, January 23, 2012

Putus asa dan Pasrah

Bismillahirrahmannirrahim..


Kadangkala kita sering tersalah faham dalam membezakan antara putus asa dan pasrah. Ini kerana implementasinya hampir sama yang bermaksud berhenti atau menyerahkan apa saja yang bakal terjadi pada suratan takdir. Disini terdapat perbezaan situasi antara pasrah dan putus asa.

Contohnya, doktor ingin melakukan pembedahan kepada seorang mengidap kanser yang kritikal, namun ahli keluarganya menolak. Mereka menolak bukan kerana kesempitan wang , tetapi mereka sudah pasrah pada ketentuan Ilahi. Akhirnya pesakit itu meninggal.

Pada situasi lain pula, seorang doktor berunding dengan seorang pemuda yang ayahnya diserang strok, meskipun keadaan ayahnya sudah kritikal, namun si anak tetap berusaha mengubati ayahnya walau berapa sahaja kosnya, sembuh atau tidak dia pasrah pada Ilahi. Seperti yang pertama, Pesakit ini juga meninggal.

Dari dua situasi diatas, soal kesembuhan keluarga ini sudah pasrah kepada Allah SWT, dan akhirnya mereka kehilangan orang tersayang untuk selamanya.

Tetapi ada perbezaan diantara dua situasi diatas. Bezanya terletak pada usaha yang maksimum. Ikhtiar yang bersungguh – sungguh sebagai memenuhi sunah kauniyah yang digariskan olehNYA. Oleh itu usahalah yang akan menjadi penentu, mana yang layak disebut pasrah dan yang mana yang disebut putus asa.

Sebelum ikhtiar yang maksimum, semestinya kita menutup serapat – rapatnya kata pasrah.

Mari kita renungkan firmanNYA:

”Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya (Surah Al-Kahfi,ayat 110)

Barang siapa yang ingin tercapai hasrat yang mulia, maka beramallah, bergeraklah dan melangkahlah. Kesalahfahaman dalam membezakan dan menentukan kedua – duanya akan membuat seseorang itu menyerah kemudian menamakannya sebagai pasrah. Sebenarnya dia masih mampu berlari tetapi memilih berhenti, masih mampu berenang ke tepi tetapi berdiam diri akhirnya tenggelam.

Padahal hidup adalah perjuangan, kerana senario hidup adalah ujian bagi manusia.

Sebagaimana firmanNYA :”Dia lah yang telah mentakdirkan mati dan hidup(kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu;siapakah diantara kamu yang terbaik amalannya,dan ia maha kuasa(membalas amal kamu),lagi maha pengampun (Surah Al-Mulk ayat 2).


Nafas Kehidupan..
Putus asa. Mengapa dinamakan putus? Mungkin kerana asa pengharapan, tujuan dan cita-cita diibaratkan sebagai rantai penggerak dalam jiwa. Ia harus kukuh, kuat dan semakin kuat. Harapan dan cita-cita adalah nafas kehidupan.

Bukankah sesudah mendaki kita akan menurun? Bukankah dengan airmata juga tercapai sukacita?

Cita-citalah yang membangkitkan semangat orang yang mendaki, kerana disebalik pendakian akan ada penurunan, menjadikan perjalanan lebih mudah. Kalau tidak kerana cita-cita hilanglah nafsu bekerja, berhenti gerak dunia, padam pelita orang-orang bijak bistari.

Cita – cita adalah pokok pangkal kemajuan, kerana makhluk yang bernama manusia sahaja yang layak mendapat kemajuan, makhluk lain tidak.

Cita-citalah yang menghilangkan rasa sakit, melupakan kepedihan dan kesulitan. Sebab cita – cita itu sendiri adalah ‘dynamo’ hidup. Jangan diabaikan cita-cita yang tumbuh, pupuklah ia. Para petani yang tekun disawah, dibawah cahaya matahari sehingga hitam kulitnya, semua adalah lantaran cita-cita. Cita-citalah tiang kemajuan, tonggak gerak bumi dan menimbulkan nafsu bergerak.

Kita bergerak kerana ‘percikan-percikan’ api pengharapan yang membakar niat dan tekad. Semakin besar kecintaan kita pada harapan dan cita-cita semakin besar pula percikan api dan tenaga yang dihasilkan. Bertambah kuat pula keberanian,tekad dan semangat menghadapi segala risiko dan tentangan. Semakin gigih pula otak kita bekerja mencari cara, berinovasi dan mengatur strategi agar berjaya mendapatkannya.

Dapatlah kita gantungkan azam atau himmah yang tinggi. Himmah yang tinggi berbeza dengan angan-angan yang tinggi, kerana angan-angan yang tinggi hanya menyebabkan seseorang pemuda mengelamun, dia tidur di siang hari pada waktu orang lain bekerja keras, dan berangan – angan hendak membeli kereta mewah dan sebagainya. Akhirnya kerana terlampau berangan – angan tinggi tanpa kerja keras akhirnya pemuda itu jatuh.

Cita-cita membawa kebesaran dan kemuliaan sedangkan angan-angan merosak dan membawa kepada kejurang kehinaan.

Oleh itu tetaplah berharap, kerana seorang muslim tidak akan pernah berhenti mengharap. Dalam setiap amal ibadahnya, dia selalu mengharapkan kasih sayang dan rahmat Tuhannya.Dalam setiap gerak kehidupannya, dia selalu menanamkan tujuan dan cita-cita untuk kebaikannya dan kehidupan. Dan jika harapan pernah terputus, maka sambunglah kembali.

Kadangkala, lantaran putus asa yang mendalam, sesetengah orang jemu dengan kehidupan, bak pepatah “hidup segan mati tak mahu”. Seorang mukmin tidak akan mudah berputus asa, walaupun pintu disekelilingnya seakan – akan tertutup.

Rasulullah SAW bersabda:

”Janganlah salah seorang dari kamu meminta mati kerana kesulitan hidup yang menimpanya.Jika perlu ucapkanlah doa seperti berikut ‘Ya Allah panjangkanlah umurku sekiranya hidup ini lebih baik bagiku,dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik bagiku”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah membangunkan harapan dengan tauladan seperti Sayyidah Hajar yang tetap berlari mencari air, meskipun dalam pandangan hanya ada fatamorgana dan padang pasir sahaja. Dan seperti Nabi SAW, yang tidak membiarkan malaikat menjatuhkan gunung, walaupun penduduk Thaif menolak dakwahnya dengan kasar, malah baginda tetap menaruh harapan pada anak dan cucu mereka.

Dengan memperbaiki amalan dan usaha serta diiringi doa, bererti kita telah mencuba kearah kebaikan agar tercapai harapan dan cita-cita. Harapan umpama aliran darah yang terus mengalir sepanjang Hayat kita. Janganlah kita berputus asa dari Rahmat Allah SWT…

Subhannallah Walhamdulillah waLailahailallah Allahuakbar.


sumber : akuislam.com

Allah Hu Akbar..

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata:

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah”

- (Surah al-Baqarah 155-157).

“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya”

- (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,

Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,

Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,

Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,

Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,

Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

Tuesday, January 17, 2012

2012.

Bismillahirahmanirrahim..

Helo 2012.=)
Today rs nk tulis2.=D.
sy terfikir pasal kematian.Pasal sekiranya sy meninggal sebelum sy kawin.Sy meninggal sebelum sy ada anak.Mati itu pasti.Dunia ni sementara.

Ya Allah..
semoga sy berkesempatan ada anak.Berkahwin.Mencari Pahala menuju Akhirat bersama suami.Mendapat pahala kerana menjaga suami.Beri mama dn abah cucu.Jika di panjangkan umur.insyaAllah.

Akhirat itu pasti. Kalau kesempatan itu tiada.
Saya redha.

Kalau lah.tiada kesempatan di dunia.sy harap kawan rapat,pembaca blog sy.sudi mendoakan sy.Doakan sy.Sedekah kan al Fatihah buat sy.Bacakan yasin buat saya.Akhirat itu pasti. *“Kun Fayakun” ("Jadilah!" Lalu jadilah) . Setiap yg hidup pasti akan mati.Allah tahu apa yg terbaik.

Alhamdulillah.ilmu akhirat sedang sy kejar.Bimbing saya.Semoga hati tidak di bolak balik kan.
Jodoh itu dtg nya dgn izin Mu ya Allah. =).Alhamdulillah ..semoga perhubungan ini kerana Mu ya Allah.dengan izin Mu ya Allah.Terima Kasih.*Syukur*Moga ada pengakhiran yg baik buat sy dan dia ;).Semoga sebuah perkahwinan kerana Mu ya Allah. *insyaAllah*

Monday, January 2, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” =)

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.

Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.

<3.